Bagi penulisan blog pertama saya ini, saya ingin menulis 10 cara menjadi kaya + 1 cara baru untuk menjadi kaya. Terpulang pada pembaca ingin pilih yang mana (kalau nak jadi kaya la)
1) Berkahwin dengan seseorang kerana DUIT
Kata orang, kalau sudah jodoh tak kemana. Inilah cara paling popular orang buat jika ingin cepat menjadi kaya. Berkahwin kerana DUIT.
2) Jadi kaya dengan buat JAHAT
Kata orang kalau nak jadi kaya dengan mudah jadilah seorang yang penjahat (menindas, penipu, menganiaya orang). Ramai orang berfikiran untuk jadi kaya kena begini!hehe..mereka silap, ini hanya salah satu dari 11 cara untuk menjadi kaya.
Masalahnya jika menjadi kaya dengan cara begini, kenalan dan partner kita juga akan bersikap sebegini. Bagi yang ada nilai kemanusiaan pula, cara ini tidak betul.
3)Jadi kaya dengan TAMAK
Cara ketiga ini tidak jauh beza dengan cara ke-dua ini. Dunia pada hari ini, ramai yang kaya dengan menjadi TAMAK sehingga menindas orang lain dan menzalimi orang lain.Rasuah, penyelewengan, tidak amanah dan macam-macam lagi moral yang tidak bagus dibuat kerana TAMAK! Penjenayah KOLAR PUTIH.....!
4)Jadi kaya dengan menjadi murah
Ini juga merupakan cara yang paling popular dibuat dan selalu kerajaan sarankan kepada orang ramai!hehe..Hidup dengan menjadi murah bermaksud hidup dengan berjimat-cermat dan menyimpan.
Jika kita menyimpan RM1000 sebulan, untuk menjadi jutawan iaitu ada SATU juta kita perlu kumpul selama 83 TAHUN untuk menjadi jutawan..!!Sebab itulah yang ingin menjadi kaya cara begini kesudahannya tidak kemana.Hidup seperti Rat-Race, melalui kehidupan yang sama sahaja sampai MATI dan akan diulangi lagi oleh generasi seterusnya.
5)Menjadi kaya dengan Bekerja-Keras
Tidak salah bekerja- keras untuk berjaya dalam hidup, malah amat bagus. Tetapi kebanyakan orang salah platform untuk bekerja keras.
Ramai yang bekerja keras dengan melakukan 2-3 kerja sehari! menjual masa untuk mencari duit. Akhirnya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Untuk Part 1 ini, hanya disenaraikan 5 cara yang biasa orang buat ataupun tahu untuk menjadi kaya. Dan kerana 5 cara inilah ramai orang TAKUT MENJADI KAYA...hehe,Insya Allah akan disambung besok untuk PART 2.