~Risk Taker ~Always Learning ~Positive ~Consistent & Persistent ~Freedom ~Retire Young
Friday, 22 September 2017
Maksud lagu Khaylila(Sheila On 7)
Khaylila yang cantik
Cepatlah kau besarAjarkan dunia berbagi seperti yangKu ajarkan kepadamu..Khaylila yang mungilBila kau jadi pemimpinBerikan hak mereka.. Bebas dari rasa takutJuga rasa tertindas
Reff:Dengan senyummu senjata membekuTantara bernyanyi ikuti tingkahmuTak ada lagi naluri menguasaiPerlahan berganti naluri berbagi
Satu hal yang pasti..Ajarkan anak kita..Berbagi.. Memberi.. Lebih dari yang kitaLakukan untuk saat ini..
Back to reff
Dengan senyummu langit terpelukBintang bertakukKu butuh kau sentuh
Tak ada lagiYang ku takutiKu terlindungiDengan Sentuhanmu...
Lirik Lagu Khaylila (Sheila On 7)
Lagu ciptaan gitaris Sheila On 7(SO7) Eross Candra ini sebenarnya diciptakan untuk adik kandung beliau yang bernama Khaylila yang pada saat itu(2004) berusia 2 tahun.
Saat pertama kali aku mendengar bait lagu ini, aku sudah jatuh cinta dengan keindahan liriknyanya yang amat puitis dan pesan-pesan yang terkandung dalam lagu ini. Seterusnya memberi inspirasi kepada diriku untuk menamakan anakku 'Khaylila'.
Khaylila merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa arab iaitu 'Khaila', yang membawa maksud 'Mahkota'.Jika dikaji bait-bait lagu ini, amat sesuai dengan nama Khaylila.
Khaylila@ Mahkota dipakai oleh permaisuri ataupun raja.Lazimnya raja atau permaisuri merupakan pemimpin. Lagu ini banyak memberi pesan mengenai tanggungjawab/ peranan Khaylila jika besar nanti menjadi pemimpin.
Diharap anakku nanti apabila besar akan menjadi pemimpin untuk diri, keluarga dan masyarakatnya nanti. Amin Ya Rabbal Alamin....
Sunday, 27 August 2017
Journey to Jogjakarta Part 2 (Candi Borobudur)
1 Mei 2017
Seawal 4.15 pagi kami bangun dan bersiap kerana jam 4.30 pagi kakitangan homestay akan membawa kami ke Manohara Resort kerana hanya resort ini menawarkan pakej melihat Borobudur Sunrise.(Bayaran adalah 450 000 rupiah bagi pelancong asing dan kami juga mendapatkan khidmat tour guide).
Dengan bantuan Tour Guide kami(Pak Hadi), dapatlah kami bantuan supir untuk bawa kami ke bandar Jogja.Malahan kami sempat singgah di dua lagi candi kecil berdekatan Borobudur iaitu Candi Pawon dan Candi Mendut.
Seawal 4.15 pagi kami bangun dan bersiap kerana jam 4.30 pagi kakitangan homestay akan membawa kami ke Manohara Resort kerana hanya resort ini menawarkan pakej melihat Borobudur Sunrise.(Bayaran adalah 450 000 rupiah bagi pelancong asing dan kami juga mendapatkan khidmat tour guide).
HargaTiket(Zoom In kalau nak jelas)
Baiklah, sini saya ringkaskan sedikit info tentang Borobudur Temple.
- Dibina sekitar abad ke-8(Candi Buddha terbesar di Dunia).
- Candi ini dibina dengan patung Buddha besar berada ditengah(telah musnah) dikelilingi dengan 72 Stuppa yang didalamnya mengandungi Patung Buddha.
- Setiap patung Buddha di dalam Stuppa 'menggayakan' ritual yang berbeza. Ada patung buddha yang masih dalam keadaan elok dan ada yang telah musnah.
- Terdapat banyak relik disekitar kawasan Candi yang kebanyakannya mengisahkan kehidupan Buddha dan ajaran Buddha.
- Berlaku letusan gunung berapi pada abad ke-10 mengakibatkan kematian kesemua penganut Buddha ketika itu(menurut tour guide).Hari ini, 100% penduduk sekitar candi beragama Islam.
- Dibiarakan tidak berpenghuni sehingga abad ke-19.
- Selain letusan gunung berapi, candi ini pernah juga diserang oleh ektremis muslim sekitar 1930an.
- Candi ini telah dibaikpulih secara besar-besaran sebanyak 3 kali.
- Struktur baru candi ini ditandakan atas arahan dari Unesco(pihak yang bertanggungjawab memulihara Candi).
- Terdapat desas desus Candi ini akan runtuh dalam masa 15 tahun kerana sudut Candi ini mengalami mendapan.
- Candi ini masih digunakan bagi aktiviti keagamaan masyarakat Buddha,(terutama pada Hari Wesak).
Patung Buddha di dalam Stuppa
Stuppa
Yang rambut kuning tu tour guide kami yang boleh berbahasa English, Melayu, Belanda dan Jepun
Antara relik yang terdapat di tembok Candi.
Dari Resort, hanya 15 minit diperlukan untuk sampai ke puncak Candi. Apabila kami sampai di puncak, kelihatan ramai pengunjung yang sudah book tempat untuk melihat sunrise.
Video ringkas suasana di puncak Candi.
Suasananya amat mempersona!Dengan keadaan sekeliling yang berkabus dan banjaran- banjaran gunung mengelilingi Candi .Malahan Gunung Berapi Merapi dapat dilihat dengan jelas mengeluarkan asap!Dan yang paling menabjubkan adalah berada di tempat binaan yang mempunyai sejarah lebih seribu tahun.!
Keadaan yang sedikit sesak di puncak.
Gunung Merapi mengeluarkan asap.
Jam 4.30 pagi di puncak candi.
Me and my Wife
Me and my Wife
Bergambar di depan candi.
Setelah hampir 3 jam ambil gambar dan mengelilingi Candi, kami pun balik semula ke Cempaka Homestay(Sarapan)
Dengan bantuan Tour Guide kami(Pak Hadi), dapatlah kami bantuan supir untuk bawa kami ke bandar Jogja.Malahan kami sempat singgah di dua lagi candi kecil berdekatan Borobudur iaitu Candi Pawon dan Candi Mendut.
Candi Mendut
Candi Pawon
Candi Mendut
Candi Pawon terletak lebih dekat dengan Candi Borobudur. Bahagian di dalamnya kecil (mungkin 9m persegi) dan kosong. Hanya ada kesan air hujan mungkin disebabkan bumbung candi yang bocor.
Candi Mendut lebih besar dan masih digunakan dalam upacara keagamaan Buddha. Terdapat 3 patung gergasi Buddha (3 meter tinggi) di dalam candi. Malahan hendak masuk candi ini dikenakan bayaran 2000 rupiah.
Lebih kurang jam 4.00 petang, kami pun sampai di hotel penginapan kami di bandar Jogja iaitu Griya Yunika Boutique Homestay.Tidak dapat dinafikan bahawa Candi Borobudur merupakan antara tempat WAJIB dilawati jika berkunjung ke Jogjakarta. Malahan bagi yang meminati sejarah (macam aku..hehe). Penduduk sekitar Borobudur juga amat ramah dan banyak membantu kami sepanjang 2 hari kami di sini(maklumlah travel tak pakai ejen).
Baiklah! nanti saya akan update lagi pengalaman kami bercuti di Jogjakarta, Indonesia..!
Wednesday, 23 August 2017
Journey to Jogjakarta, Indonesia
Jogjakarta(Jogja)...!!Kota budaya Indonesia, sebuah kota yang penuh dengan nilai sejarah dan kebudayaan Indonesia. Terletak di pulau Jawa. Jika dari Malaysia, kota ini boleh dilawati dengan penerbangan terus daripada KLIA ke Jogjakarta (Adisutjipto Airport).
Entry kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman kami berbulan madu di kota ini pada hujung April yang lalu. Moga entry ini dapat membantu bagi sesiapa yang ingin mengunjungi kota ini.
29/April/2017
Oleh kerana tidak terdapat penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Jogja, maka kami terpaksa transit dahulu di KLIA sehari. Di KLIA kami bermalam sehari di Youniq Hotel dekat Bandar Baru Salak Tinggi (10KM dari KLIA). Kami memilih hotel ini kerana dekat dengan airport dan sekitar hotel ada kedai runcit dan makan.
Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan shuttle airport pick up. Keadaan bilik amat bersih dan selesa.Apa yang kurang memuaskan adalah pekerja hotel dekat front desk kurang mesra pelanggan. hehe..Tapi housekeeping hotel ini amat terbaik.(Thumbs UP!)
30/April/2017
Awal pagi lagi kami sudah bersiap kerana flight kami berlepas pada jam 8.55 pagi.So, kami ambil la shuttle bus dalam jam 7.00 pagi. Shuttle bus hotel ini setiap jam, kalau kami ambil jam 8.00 pagi takut rushing nanti.
Keadaan luar hotel jam 6.50 pagi
Ruang udara Jogja
Penerbangan mengambil masa 3 jam setengah, lebih kurang jam 11.30 pagi waktu tempatan kami selamat sampai. Sampai sahaja airport benda pertama kami cari adalah simcard tempatan. Senang sahaja cari, dekat airport pun boleh dapat.
Dekat Jogja ada perkhidmatan Uber, Grab dan Gojek. Tapi kalau dekat airport ni. Driver-driver ni tidak berani ambil rider coz takut dengan Taxi Airport. So kami terpaksalah menggunakan perkhidmatan Taxi airport untuk pergi destinasi pertama kami iaitu Cempaka Guest House(CGH) dekat Borobudur.
Jarak Airport ke Borobudur adalah lebih kurang 42KM, dengan menaiki taxi menelan kos 350 000 rupiah(lebih kurang RM100).Kira amat berpatutan jugalah kerana kami menaiki Rav4 Toyota.
Pintu Gerbang ke Jawa Tengah
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam disebabkan keadaan lalulintas yang Macet(Sesak). Ketibaan kami di CGH lebih kurang jam 3.00 petang. Masa yang ada saya dan isteri bersiar-siar di sekitar Candi Borobudur.(hanya 5 minit berjalan kaki untuk kami ke kawasan candi borobudur)
Isteri saya meninjau cenderamata
Nasi Goreng hanya berharga 10 000 rupiah
Suasana di sekitar candi borobudur amat meriah dengan gelagat peniaga-dan pengunjung yang tidak putus-putus mengunjungi tempat ini. Rata-ratanya orang di sini amat ramah dan mesra dengan pelancong. Kami amat selesa window shopping dekat sini kerana peniaga di sini ramah dan tidak memaksa kami untuk membeli.
Apabila waktu hendak Magrib.Kami pun balik ke Homestay, merehatkan diri sambil tengok siaran TV tempatan(Upin & Ipin tengah bersiaran selama 2 jam).Esoknya kena bangun awal sekitar jam 4 pagi kerana kami hendak melihat Sunrise di Borobudur Temple...!!
Bersambung.......
Apabila waktu hendak Magrib.Kami pun balik ke Homestay, merehatkan diri sambil tengok siaran TV tempatan(Upin & Ipin tengah bersiaran selama 2 jam).Esoknya kena bangun awal sekitar jam 4 pagi kerana kami hendak melihat Sunrise di Borobudur Temple...!!
Bersambung.......
Tuesday, 14 June 2016
Apakah Rasionalnya Dr. Mahathir menganggap tahun 2020 industri terbaik adalah MLM!
Tun Dr. Mahathir Mohamad, bapa pemodenan Malaysia. Walaupun sudah lebih 14 tahun bersara dari arena politik tanah air tetapi setiap kata dan pendapat beliau masih lagi masyarakat dunia mendengar dan masih lagi giat mengadakan talk di seluruh dunia.
Mungkin anda semua pernah melihat keratan akhbar di atas ataupun kenyataan di atas pernah di dengar? Yang mana menerangkan Dr. Mahathir melihat tahun 2020 adalah tahun industri Network Marketing
Bagi kami, kenyataan di atas ada benarnya jika kita lihat dari pelbagai sudut walaupun MLM pada hari ini dipandang sinis dan septikal oleh masyarakat, Di sini kami menyenaraikan beberapa fakta yang menyokong kenyataan beliau.
Kebanyakaan Bilionaire pun berpendapat sama.
Donald Trump(calon presiden USA), Mark Zuckerberg(Facebook) dan Bill Gates (misrosoft) antara individu terkaya dunia pun berpendapat MLM adalah bisnes abad ke-21 dan sistem terbaik bagaimana perniagaan dijalankan.
Mereka pun berpendapat selepas Fanchais, MLM akan menjadi trend perniagaan pada abad ke-21.
Bukan sahaja mereka, kebanyakan pakar kewangan,motivasi dan jutawan seluruh dunia pun berpendapat sedemikian.
Sesuai dijalankan walau apa jua keadaan ekonomi
Perniagaan MLM ini boleh dikatakan perniagaan 'kebal ekonomi' kerana boleh dijalankan ketika ekonomi bagus ataupun tidak bagus. Ini kerana, jika ekonomi bagus maka ramailah 'Customer', jika tidak bagus maka ramailah yang akan menjadi partner.
Kebanyakan syarikat MLM menyediakan latihan keusahawanan secara percuma atau dengan sedikit bayaran.
Kebanyakan syarikat MLM sanggup melabur jutaan ringgit bagi menyediakan latihan ataupun pendidikan keusahawanan kepada ahli mereka. Menyediakan dewan, latihan. alat bantu dan bermacam-macam lagi bagi pengedar. Ini terpulang kepada ahli untuk memanfaatkannya ataupun tidak.
Ramai jutawan lahir daripada produk MLM.
Dato David Teo(Metrowealth) dan Dato Ac Mizal (selebriti) antara individu yang lahir dari MLM!
Mereka menjadikan MLM sebagai tempat mereka berlatih untuk menjadi Usahawan dan mendapat modal sebelum berkecimpung dalam perniagaan yang mereka minat.
Akan tetapi, kita harus memilih syarikat MLM yang stabil dan kukuh seperti Elken. Kerana Elken sudah melahirkan 106 jutawan secara senyap!Satu rekod yang amat luarbiasa bag industri MLM tempatan!
Satu sistem perniagaan yang berevolusi terbaru.
Seperti kita ketahui, waktu dahulu orang hanya berniaga secara konvensional, secara sendirian. Kemudian lahir dewan-dewan perniagaan yang melindungi dan menyediakan dana bagi ahli. Kemudian wujudnya perniagaan franchais yang lebih updated! Beza MLM dan Franchais boleh dirujuk di bawah.
Memilih Syarikat yang betul
Langkah pertama untuk menyeru seruan Dr. Mahathir adalah dengan memilih syarikat MLM yang betul! Bagi kami syarikat yang wajar dipilih untuk warga Malaysia adalah ELKEN! Sila lihat profile syarikat Elken dengan Link ini.
Jika anda yang sedang membaca ini berminat ataupun ada sebarang 'killer' question! Bolehlah inbox kepada pihak kami.
Saturday, 11 June 2016
Ulasan Ielken Online Business!! Peluang perniagaan terkini!
Permulaan
Alhamdulillah pembentangan Ielken Online Business berjalan dengan lancar pada 11 June 2016 bertempat di Ming Grand Ballrom, Ming Garden Hotel Kota Kinabalu, Sabah.
Persediaan dewan sedang dijalankan
Bagi admin sendiri amat-amat rugi bagi rakyat Sabah yang tidak hadir pada pembentangan perniagaan ini. Di ucapkan sekalung tahniah kepada semua hadirin yang berjaya hadir walaupun ketika berlangsung pembentangan adalah musim cuti sekolah dan bulan Ramadhan.
Walaupun acara bermula sedikit lewat(lewat 15 minit), tetapi acara berjalan dengan lancar. Pembukaan dimulakan dengan pengenalan kepada Program Director(PD) dan para pemimpin tertinggi Elken khususnya pemimpin dari Sabah.
Seterusnya adalah acara senamtari dan video pengenalan mengenai Elken dan potensi pasaran Online di tayangkan
Video : Revolusi Perniagaan Masa kini
Video : Elken
Suria Mohd (Selebriti, Nutrisi, Motivator, Penulis dari Singapura)
Pembentangan perniagaan diteruskan lagi dengan speaker pertama mengambil tempat iaitu Suria Mohd (Selebriti, Nutrisi, Motivator daripada Singapura). Speaker Suria Mohd menceritakan kepada hadirin yang datang KUNCI yang paling penting untuk berjaya adalah PERCAYA DAHULU, MILIKI KEMUDIAN!
Beliau menerangkan tidak ada salah dan betul dalam konsep percaya diri sendiri. Jika kita mengatakan diri kita boleh, maka bolehlah, jika tidak maka tidaklah.
Sikap segelintir orang yang selalu berdoa dan mengharap agar kehidupan bertambah baik tetapi tidak mahu merebut peluang merupakan punca kenapa diri kita tidak berubah dan asyik merungut. Beliau membuat perumpamaan seperti seorang yang terkandas dalam banjir di atas bumbung rumah. Walaupun perahu, speedbot dan helikopter datang memberi bantuan menyelamat tetapi enggan kerana percaya Tuhan akan tolong!!Akhirnya mati lemas dan berjumpa dengan Tuhan dengan keadaan marah kenapa Tuhan tidak selamatkannya, maka Tuhan cakap "Aku hantar perahu,speedbot dan helikopter kenapa ko tidak naik???
Tuhan memang akan bantu kita, tetapi Tuhan akan membantu kita dengan memberi PELUANG. Dari diri kitalah hendak merebut ataupun tidak. Suria Mohd yakin Ielken ini akan menjadi syarikat GERGASI MLM dari ASIA...!!Dan turut mengatakan amat rugi jika orang Asia tidak merebut peluang ini lebih-lebih lagi Malaysia, Brunei dan Singapura!
Suria Mohd, Individu yang berpengaruh di sosial media Singapura
Sikap kebanyakan orang juga yang salah bertanya. Meminta pendapat dengan orang yang bukan bidang, seperti bertanyakan perkara berkenaan bisnes dengan orang yang bekerja!adakah betul tindakan itu?
Seharusnya jka ingin berjaya dalam perniagaan seharusnya bergaul dengan orang yang sudah berjaya dalam perniagaan!Beliau juga mengatakan bahawa setiap orang ada harta yang paling berharga dalam diri iaitu otak!Dari diri sendirilah ingin menabur benih ataupun racun dalam kepala sendiri! Perkara paling penting adalah diri sendiri harus berubah!
Suasana ketika Suria Mohd menyampaikan topik
Seng Kok Meng
Antara Jutawan MLM yang berpendapatan tinggi di Malaysia yang mempunyai rangkaian lebih 10 buah negara! Beliau menyampaikan topik kedua iaitu apakah sebenarnya Ielken ini!
Beliau menerangkan potensi Ielken yang amat-amat besar di peringkat antarabangsa. Dengan menggunakan perniagaan teknologi terkini dan sokongan padu dari syarikat yang kukuh disulami dengan produk bertaraf dunia! Ini merupakan faktor utama kenapa semua orang harus membuat Ielken!
Setiap orang walaupun tidak tahu dan kurang faham dengan Ielken seharusnya berfikiran positif dan sudi belajar perniagaan ini. Perkara paling penting adalah memahami dan menerima perubahan ini untuk kesejahteraan masa depan! Kerana perniagaaan Ielken adalah trend terbaru! Seharusnya sertai dahulu, belajar kemudian. Elken mempunyai sistem pendidikan bertaraf ISO yang telahpun berjaya melahirkan 106 jutawan!Jadi jangan ragu-ragu dengan Ielken!
Now Or Never Ielken!
Kata-kata Jack Ma yang beliau petik mengapa ramai orang tidak berjaya kerana sikap suka menunggu dan bertangguh! Perniagaan Online sebegini seharusnya kita harus bertindak cepat dan pantas. Yang paling penting cari rakan kongsi secepat yang boleh.
Pelan pemasaran Ielken yang memberi sehingga 5 ganjaran merupakan antara pelan pemasaran terbaik yang pernah admin nampak. Menggabungkan sistem pemasaran direct selling (Welcome Bonus), Binary (Team Bonus), Bonus kepimpinan (Mentor Bonus) dan Dividen Bonus! Pelan pemasaran yang adil, menguntungkan dan bersifat jangka panjang!
Potensi pasaran Ielken!
Seharusnya, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa sekarang ini, Ielken adalah perniagaan dan pelaburan terbijak yang kita boleh buat! Jika inginkan maklumat lanjut atauun ada soalan 'Killer' mengenai Ielken. Bolehlah PM admin.. Salamz hujung minggu!
Thursday, 9 June 2016
56 Syarikat pelaburan di senarai hitam!
Cover depan akhbar Kosmo bertarikh 7 Jun 2016 menyiarkan laporan mengenai 56 syarikat pelaburan disenarai hitamkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang telahpun mengaut berbilion ringgit dari orang ramai.
Kebanyakan syarikat ini berselindung di sebalik aktiviti pelaburan emas, dana, forex, mlm dan sebagainya. Walaupun telah disenaraihitamkan oleh BNM, kebanyakan aktiviti syarikat ini masih aktif menjalankan perniagaan.
Senarai di atas merupakan senarai 56 syarikat pelaburan yang telah disenaraihitamkan oleh BNM yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina. Senarai di atas berlainan daripada senarai yang dikeluarkan oleh BNM di laman web mereka (271 syarikat disenarai hitamkan.).Mungkin senarai syarikat masih belum dikeluarkan secara rasmi oleh BNM. Beberapa syarikat besar turut tersenarai seperti Tone Excel (Prepaid), Mface(Internet), Phyto Science (produk kesihatan) dan beberapa lagi syarikat melibatkan pelaburan dan MLM.
Kepada orang ramai di luar sana yang mencari peluang perniagaan dan pelaburan, seharusnya mengikuti nasihat daripada PDRM seperti flyers di bawah ini.
p/s :Tidak semua MLM itu adalah penipuan, tingkatkan ilmu kewangan anda kerana kehidupan sering mengajar dan menge 'test' kita lebih-lebih lagi melibatkan DUIT!
Sunday, 5 June 2016
Mengapa kami mencadangkan MLM - Donald Trump
Donald Trump, seorang bilionaire yang amat-amat pakar dalam bidang hartanah mencadangkan kepada orang ramai untuk membuat MLM??Jika kita tanya orang ramai, pasti ramai yang berfikiran sinis mengenai MLM. Oleh itu, mari kita tanya beliau mengapa dia mencadangkan MLM.
Asalnya saya juga sama seperti Robert (Robert T.Kiyosaki), tidak banyak mengetahui tentang MLM atau industri jualan langsung. Tetapi apabila ada rakan memberitahu saya, MLM adalah model bisnes yang paling cepat berkembang, saya terus membuka minda saya lalu meneliti dengan lebih dekat. Apa yang saya temui telah mengejutkan saya.
Saya masih ingat tidak lama dahulu, ramai yang tidak sependapat dengan model bisnes yang dikenali sebagai francais. Namun hari ini seluruh dunia mengenali McDonalds. MLM juga sama, bidang ini adalah model bisnes yang masih baru dan menghadapi tentangan yang sama seperti yang dialami oleh model bisnes francais beberapa tahun yang lalu.
Selepas meneliti industri baru ini, saya terkejut apabila mendapati banyak syarikat besar dalam senarai FORTUNE 500 sudah menambah komponen MLM dalam segmen bisnes mereka. Pada hari ini, kebanyakan bank, syarikat telekomunikasi, syarikat broker hartanah, syarikat kad kredit, dan jenama pengguna utama komited terhadap bentuk pemasaran dan pengedaran baru ini.Jadi, saya menyarankan supaya kita terus kekal membuka minda, dan sekiranya kita sedang mencari sesuatu bagi memulakan bisnes sendiri, MLM mungkin sesuai.
Pemasaran adalah alat yang berkuasa dan MLM dapat meningkatkan kuasa itu, dengan syarat kita perlu bermotivasi tinggi. Untuk gambaran yang lebih mudah, cuba kita lihat pada satu-satu produk, kemudian buangkan elemen-elemen pengiklanan yang ada pada produk itu. Kini terpulang kepada kita bagaimana hendak melakukan pemasaran dan pengiklanan untuk produk itu.
Ini adalah tugasan yang besar, tetapi masih dapat dilakukan sekiranya kita mempunyai keghairahan yang cukup besaar bagi melakukan tugasan itu secara sendirian an mengekalkan momentum serta motivasi pada paras tertinggi secara berterusan. Malah, memerlukan semangat keusahawanan, iaitu fokus dan ketekunan. Saya tidak mengesyorkan bisnes ini kepada sesiapa yang tidak mempunyai motivasi yang tinggi.
Satu lagi aspek penting dalam MLM, bisnes ini bersifat sosial. Jadi sekiranya kita bukan jenis yang suka bergaul dan keluar bersosial, saya yakin kita pasti berfikir dua kali sebelum menceburkan diri ke dalamnya. Sifat suka bergaul adalah satu keperluan dalam bisnes ini.
Sama seperti pengiklanan, tidak ada gunanya melakukan kempen pengiklanan yang hebat sekiranya produk itu tidak sehebat iklannya. Harus diingat apabila kita sudah memutuskan mahu menjadi pengedar sesuatu produk, kita perlu bertanggungjawab di sisi undang-undang ke atas semua dakwaan yang kita buat terhadap produk, syarikat dan peluang yang ada. Paling penting, pastikan produk itu berbaloi dengan tenaga dan kesetiaan yang dicurahkan. Sekiranya tidak, kita hanya membuang masa dan tenaga.
Sewaktu menyentuh MLM, Robert ada menyebut tentang betapa pentingnya kita keluar dari zon selesa. Beliau juga menyarankan supaya memperuntukkan masa yang secukupnya pada diri kita. Ini adalah poin-poin yang bagus bagi dipertimbangkan. Saya juga bersetuju yang kejayaan seseorang itu bergantung pada kualiti kepimpinan yan dimilikinya. Sudah tentu kita juga perlu memiliki sikap bertanggungjawab dan keyakinan diri.
Sama juga seperti pekerjaan yang lain, sebelum memulakannya kita perlu mengkaji sedalam mungkin tentang apa yang akan kita lakukan. MLM sudah terbukti menjadi sumber pendapatan yang berpotensi memberikan ganjaran yang lumayan, dan cabaran-cabarannya sesuai buat kita. Terdapat beberapa contoh kejayaab luar biasa yang berlaku dalam bisnes ini. Kejayaan-kejayaan ini diperoleh melalui semangat, ketekunan, serta produk yang betul digabungkan dengan masa yang tepat. Sama juga seperti isu-isu lain yang sudah banyak kita bincangkan sebelum ini, terdapat isu-isu yang ketara dan sebaliknya yang terlibat, tetapi kejayaan itu bukanlah suatu misteri, malah turut berlaku di MLM.
Tentu kita pernah mendengar tentang kumpulan sasaran, iaitu alat penyelidikan yang digunakan oleh agensi pengiklanan apabila mereka sedang menguji produk baru, Mereka akan pergi ke lokasi yang berbeza setiap hari dan bertanya kepada orang ramai apa yang mereka suka dan tidak suka tentang produk baru. Sekiranya kita bercadang mahu mencipta sesuatu produk, langkah yang terbaik adalah menyimpan semua idea kumpulan sasaran itu. Sekiranya kita menyukai produk itu, bukan bermakna orang lain turut menyukainya. Mencari persamaan terhadap tarikan sesebuah produk adalah penting.
Nasihat ringkas saya tentang bisnes MLM, lakukan sendiri penyelidikan kita dan kemudian aplikasikan segala pengetahuan kita ke dalam produk itu. SEMANGAT SEJATI SUKAR DITEWASKAN, MANAKALA KEJAYAAN PASTI MENJADI MILIK KITA.
Donald J. Trump (Petikan dari buku "Why we want you to be rich")
Subscribe to:
Posts (Atom)
































