Tuesday, 30 April 2019

Thursday, 5 July 2018

KESILAPAN BESAR 60 HARI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Oleh: Abdul Muein Abadi
1. Harga minyak dijanji akan turun kepada golongan berpendapatan rendah, tapi sebaliknya harga RON95 kekal manakala RON97 diapung. Inflasi dijanji akan dikurangkan, tetapi tarif elektrik dinaikkan hingga bakal bawa kesan berantai. Tol dijanji akan dihapuskan, namun hingga kini pelan pemansuhan beransur-ansur tidak kelihatan.
2. Sedang rakyat masih berkira-kira berapa banyak sebenarnya harga barang turun apabila GST dimansuhkan, cukai SST pula bakal dilaksanakan.
3. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini baru berusia hampir 60 hari. Walau bagaimanapun, sebahagian ahli politik yang menerajui PH bukanlah individu yang tidak berpengalaman sama sekali dalam menjawat posisi pentadbiran utama negara sebelum ini.
4. Namun demikian, terdapat terlalu banyak isu berbangkit yang seharusnya tidak diambil mudah dan perlu direnungkan secara mendalam oleh kesemua pihak tertinggi dalam pentadbiran negara ketika ini.
5. Terdapat sekurang-kurangnya tiga dimensi yang perlu diberi perhatian. Pertama ialah janji manifesto PH. Kedua ialah percakaran dalaman sesama pemimpin PH. Ketiga dan terakhir ialah pemeliharaan institusi Raja-raja Melayu, agama Islam, dan Bahasa Melayu.
6. Sukar untuk menafikan bahawa tempoh hampir 60 hari pertama pentadbiran kerajaan Pakatan ketika ini dibayangi persepsi kegagalan kerajaan menunaikan janji mereka dalam manifesto PRU-14 yang lalu.
7. Paling kencang tentulah persepsi terhadap janji PH yang berkait dengan kos sara hidup seperti janji memansuhkan tol, janji subsidi petrol bersasar, janji penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN. Demikian juga janji lain yang meskipun tidak bersifat ekonomi namun tetap menjadi perhatian rakyat seperti isu 30 peratus anggota kabinet wanita dan janji pemansuhan Biro Tatanegara (BTN).
8. Isunya di sini ialah kaedah pengurusan kerajaan Pakatan berkenaan janji yang masih belum mampu mereka penuhi.
9. Perlu ditegaskan bahawa kerajaan PH perlu lebih serius dalam memerangi persepsi bahawa mereka sengaja untuk tidak menunaikan janji-janji mereka dalam PRU-14 yang lalu. Tunjukkan dengan segala data dan fakta yang jelas dan terperinci akan situasi kewangan negara yang tidak mengizinkan segala janji berkenaan tidak dapat ditunaikan, tidak cukup sekadar membuat kenyataan media dan mengulang-ulang skrip menyalahkan kerajaan BN terdahulu.
10. Satu lagi kelemahan besar kerajaan Pakatan hari ini ialah percakaran secara terbuka sesama pemimpin parti dalam Pakatan.
11. Antara deretan isu yang terkini ialah isu tekanan besar DAP Perak memaksa YB Ngeh Koo Ham dilantik menjadi Speaker DUN mengetepikan YB Siti Aisyah dari PKR, isu Ketua Pemuda DAP Perak Wong Kah Koh menghentam pemilihan anggota Kabinet oleh Tun Mahathir secara terbuka, isu kritikan Rafizi Ramli kepada kerajaan berhubung kenaikan tarif elektrik dan pelantikan ahli kabinet, isu kritikan Anwar Ibrahim ke atas pendekatan ala-detektif Lim Guan Eng, dan pelbagai percakaran lagi.
12. Tentu sekali kerajaan Pakatan hari ini berbeza dari segi komponennya berbanding kerajaan BN dahulu. Kali ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir tidak menguasai jumlah kerusi yang besar seperti mana UMNO yang menerajui BN.
13. Sebaliknya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memiliki senarai ahli parlimen Pakatan yang paling ramai dan diikuti DAP. Maka pastilah terdapat sebegitu banyak tuntutan dan rundingan tawar-menawar yang berlaku pada fasa awal pembentukan kerajaan dan pembuatan dasar negara bagi mengimbangi kepentingan setiap parti.
14. Namun eloklah kiranya sebarang ketidakpuasan hati tidak diluahkan secara negatif dan keras kerana imej perpecahan akan mengimpak keyakinan rakyat sekiranya diteruskan dalam jangka masa panjang.
15. Masalah ketiga dan yang paling kontroversi tentulah berkenaan tentang pemeliharaan institusi Raja-raja Melayu, agama Islam, dan Bahasa Melayu. Pendedahan Abdul Kadir Jasin tentang jumlah perbelanjaan Yang Dipertuan Agong (YDPA), isu hangat pelantikan Peguam Negara Tommy Thomas, isu kenyataan rasmi Menteri Kewangan yang diterjemah ke Bahasa Mandarin, ura-ura hubungan tegang Istana dengan Putrajaya yang cuba dikendurkan Anwar Ibrahim, kesemua ini mengundang keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.
16. Perlu diingat bahawa UMNO masih menguasai kerusi Melayu terbanyak di parlimen dengan sekitar 51 kerusi. Sekiranya langkah drastik tidak diambil segera bagi menunjukkan kerajaan Pakatan hari ini mampu menjadi pelindung kesemua teras Melayu-Islam ini, tidak mustahil UMNO - bahkan PAS - bakal merampas sokongan di kerusi-kerusi Melayu yang kini dikuasai Pakatan.
17. Sedarlah bahawa rakyat amat mendambakan perubahan dan penambahbaikan yang sejati, bukannya 'blame game' yang tidak berkesudahan.
18. Hentikanlah alasan seperti 'segalanya perlu ditangguh dan disemak akibat kerosakan kerajaan terdahulu' sedangkan dalam masa yang sama kelompok tertentu terus rakus mengaut untung. Kisah seperti monopoli tapak DBKL oleh Armada PPBM disokong DAP Bukit Bintang, kisah saham Vincent Tan dalam syarikat berkepentingan ECRL (telah dijual), kisah kekayaan Taib Mahmud yang belum (dan enggan?) disiasat, dan pelbagai kisah lagi yang berlaku secara diam-diam sebegini wajib dibanteras segera.
19. Tunaikanlah segera janji untuk menurunkan beban hidup rakyat. Kurangkan berpolitik menyalahkan pihak lain. Cukuplah berpolitik demi kepentingan kelompok terpilih. Sayangilah rakyat. Kasihanilah rakyat.
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Saturday, 21 April 2018

Journey to Jogjakarta Part 3

2 Mei 2017

Sebenarnya, kami telah membeli tiket untuk melihat Ramayana Ballet di Prambanam awal lagi ketika di Malaysia. Disebabkan jadual persembahan ballet adalah sebelah petang jam 6.30PM .So bagi mengisi masa pada waktu pagi, kami melawat beberapa tempat menarik di sekitar Jogjakarta.


Kraton(Istana Diraja Jogjakarta)

Terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami, Kraton adalah kediaman bagi keluarga diraja Jogjakarta. Sebelum Indonesia merdeka, Jogjakarta diperintah oleh Kesultanan Ngajogyakarta Hadiningrat selama ratusan tahun. 

Pada tahun 1950, status Kesultanan Ngajogyakarta diturunkan menjadi daerah istimewa Yogyakarta kerana Sultan ketika itu bersetuju menyertai Indonesia sebagai sebuah negara.Walaupun sedemikian,  kesultanan Ngajogyakarta Hadiningrat masih dihormati dan menjadi rujukan dalam pentadbiran di Jogjakarta.

Di Kraton, para pelawat hanya dibenarkan untuk mengunjungi tempat-tempat tertentu sahaja, kebanyakannya adalah tempat seakan muzium yang mempamerkan sejarah keluarga diraja.

Di hadapan gerbang Kraton 

Halaman Istana(tempat belakang dilarang masuk)

Antara barangan peribadi keluarga kesultanan yang dipamerkan


Persembahan muzik pada jam 10.00 pagi

Abdi(pekerja istana) kebanyakannya berumur 40 tahun ke atas

Salah satu bangunan yang ada di Kraton


Museum Sonobudoyo

Setelah dari Kraton, kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya iaitu Museum Sonobudoyo. Berdekatan dengan Kraton sahaja. Museum ini menempatkan sejarah-sejarah budaya bukan sahaja di Jogjakarta, malahan sejarah budaya di tanah Jawa dan juga Bali.

Kami amat bertuah kerana ditemani oleh seorang pemandu pelancong yang banyak menerangkan kami mengenai artifak-artifak yang ada di museum ini.

Peta yang menunjukkan pecahan bahagian Jogyakarta


Kepala patung yang diperbuat daripada gangsa yang ditemui di Candi

Al Quran lama

Susun atur permainan wayang kulit masyarakat Jawa

Keindahan ukiran kayu dari Bali

HEIHO(Kopi Luwak)

Menjelang dekat tengah hari, kami telah berkesempatan melawat sebuah kedai Kopi HEIHO. Kedai kopi ini ada menyediakan pelbagai jenis kopi dan juga kopi termahal di dunia iaitu Kopi Luwak..! dan kedai ini juga ada memelihara musang yang menghasilkan biji kopi luwak.

Selfiie dulu sebelum minum

Guestbook..!
Ini lah dia Civet Cat(Musang)

Info : Kopi Luwak adalah kopi yang berasal dari Indonesia. Biji kopi luwak dihasilkan dari proses  pencernaan musang yang memakan biji kopi tersebut.Rasa kopi adalah amat berbeza walaupun dari pohon yang sama.

Ramayana Ballet di Prambanan.

Setelah menyulusuri tempat-tempat menarik di sekitar pusat bandar Jogjakarta sehingga waktu tengah hari, petangnya pula kami bersiap untuk ke Prambanan.

Prambanan merupakan tempat wajib dikunjungi jika ke Jogjakarta!Kami bergerak dari hotel jam 2.30pm menggunakan perkhidmatan GoJek. Kami sebenarnya telah membeli awal tiket untuk menyaksikan Ramayan a Balet. Perancangan kami adalah untuk melawat Prambanan Temple sebelum pertunjukan Ramayana Balet pada ja, 7.30PM.

Akan tetapi disebabkan kami tidak di Ramayana Hall pada jam 5.00pm(trafik yang macet) dan show Ramayana dengan Prambanan Temple terletak berlawanan. Kami tidak dapat mengunjungi Prambanan Temple.Untuk membuang masa kami hanya lepak di cafe yang disediakan dan menikmati keindahan Prambanan Temple dari Dewan.

Berlatarbelakangkan Prambanan Temple

Our Dinner View

Persembahan Bermula




Persembahan berlangsung selama 1 jam setengah.Persembahan yang amat menarik dalam penceritaan lagenda Rama dan Sita dengan di iringi muzik yang hebat!



Monday, 23 October 2017

Manusia yang paling banyak menderma darah.


James Harrison(80 tahun) merupakan seorang warganegara Australia yang aktif menderma darah sejak beliau berumur 18 tahun.Sehingga kini beliau telah menderma lebih 1000 kali dan telah menyelamatkan lebih 2 juta nyawa!

Ketika beliau berusia 13 tahun, beliau telah menjalani pembedahan dada. 13 liter darah diperlukan untuk menjayakan pembedahan tersebut. Setelah beliau sembuh, dia berazam menjadi penderma darah jika sudah berumur 18 tahun.

Disebabkan darah beliau amat jarang ditemui iaitu darah yang mempunyai antibodi yang amat kuat, pihak hospital sering menggunakan plasma darah beliau untuk merawat pesakit. Terutamanya bagi penyakit Rhesus.

 Pada tahun 1999, Kerajaan Australia menganugerahkan beliau Medal of the Order of Australia (OAM) di atas jasa beliau menyelamatkan jutaan nyawa dengan plasma darah beliau.

Friday, 22 September 2017

Maksud lagu Khaylila(Sheila On 7)




Khaylila yang cantik
Cepatlah kau besarAjarkan dunia berbagi seperti yangKu ajarkan kepadamu..Khaylila yang mungilBila kau jadi pemimpinBerikan hak mereka.. Bebas dari rasa takutJuga rasa tertindas
Reff:Dengan senyummu senjata membekuTantara bernyanyi ikuti tingkahmuTak ada lagi naluri menguasaiPerlahan berganti naluri berbagi
Satu hal yang pasti..Ajarkan anak kita..Berbagi.. Memberi.. Lebih dari yang kitaLakukan untuk saat ini..
Back to reff
Dengan senyummu langit terpelukBintang bertakukKu butuh kau sentuh
Tak ada lagiYang ku takutiKu terlindungiDengan Sentuhanmu...
Lirik Lagu Khaylila (Sheila On 7)

Lagu ciptaan gitaris Sheila On 7(SO7) Eross Candra ini sebenarnya diciptakan untuk adik kandung beliau yang bernama Khaylila yang pada saat itu(2004) berusia 2 tahun.
Saat pertama kali aku mendengar bait lagu ini, aku sudah jatuh cinta dengan keindahan liriknyanya yang amat puitis dan pesan-pesan yang terkandung dalam lagu ini. Seterusnya memberi inspirasi kepada diriku untuk menamakan anakku 'Khaylila'.
Khaylila merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa arab iaitu 'Khaila', yang membawa maksud 'Mahkota'.Jika dikaji bait-bait lagu ini, amat sesuai dengan  nama Khaylila.
Khaylila@ Mahkota dipakai oleh permaisuri ataupun raja.Lazimnya raja atau permaisuri merupakan pemimpin. Lagu ini banyak memberi pesan mengenai tanggungjawab/ peranan Khaylila jika besar nanti menjadi pemimpin.
Diharap anakku nanti apabila besar akan menjadi pemimpin untuk diri, keluarga dan masyarakatnya nanti. Amin Ya Rabbal Alamin....

Sunday, 27 August 2017

Journey to Jogjakarta Part 2 (Candi Borobudur)

1 Mei 2017

Seawal 4.15 pagi kami bangun dan bersiap kerana jam 4.30 pagi kakitangan homestay akan membawa kami ke Manohara Resort kerana hanya resort ini menawarkan pakej melihat Borobudur Sunrise.(Bayaran adalah 450 000 rupiah bagi pelancong asing dan kami juga mendapatkan khidmat tour guide).

HargaTiket(Zoom In kalau nak jelas)

Baiklah, sini saya ringkaskan sedikit info tentang Borobudur Temple.

  1. Dibina sekitar abad ke-8(Candi Buddha terbesar di Dunia).
  2. Candi ini dibina dengan patung Buddha besar berada ditengah(telah musnah) dikelilingi dengan 72 Stuppa yang didalamnya mengandungi Patung Buddha.                           
  3. Setiap patung Buddha di dalam Stuppa 'menggayakan' ritual yang berbeza. Ada patung buddha yang masih dalam keadaan elok dan ada yang telah musnah.
  4. Terdapat banyak relik disekitar kawasan Candi yang kebanyakannya mengisahkan kehidupan Buddha dan ajaran Buddha.
  5. Berlaku letusan gunung berapi pada abad ke-10 mengakibatkan kematian kesemua penganut Buddha ketika itu(menurut tour guide).Hari ini, 100% penduduk sekitar candi beragama Islam.
  6. Dibiarakan tidak berpenghuni sehingga abad ke-19.
  7. Selain letusan gunung berapi, candi ini pernah juga diserang oleh ektremis muslim sekitar 1930an.
  8. Candi ini telah dibaikpulih secara besar-besaran sebanyak 3 kali.
  9. Struktur baru candi ini ditandakan atas arahan dari Unesco(pihak yang bertanggungjawab memulihara Candi).
  10. Terdapat desas desus Candi ini akan runtuh dalam masa 15 tahun kerana sudut Candi ini mengalami mendapan.
  11. Candi ini masih digunakan bagi aktiviti keagamaan masyarakat Buddha,(terutama pada Hari Wesak).

Patung Buddha di dalam Stuppa

Stuppa

Yang rambut kuning tu tour guide kami yang boleh berbahasa English, Melayu, Belanda dan Jepun


Antara relik yang terdapat di tembok Candi.


Dari Resort, hanya 15 minit diperlukan untuk sampai ke puncak Candi. Apabila kami sampai di puncak, kelihatan ramai pengunjung yang sudah book tempat untuk melihat sunrise.


Video ringkas suasana di puncak Candi.

Suasananya amat mempersona!Dengan keadaan sekeliling yang berkabus dan banjaran- banjaran gunung mengelilingi Candi .Malahan Gunung Berapi Merapi dapat dilihat dengan jelas mengeluarkan asap!Dan yang paling menabjubkan adalah berada di tempat binaan yang mempunyai sejarah lebih seribu tahun.!

Keadaan yang sedikit sesak di puncak.

Gunung Merapi mengeluarkan asap.

Jam 4.30 pagi di puncak candi.

Me and my Wife

Me and my Wife


Bergambar di depan candi.

Setelah hampir 3 jam ambil gambar dan mengelilingi Candi, kami pun balik semula ke Cempaka Homestay(Sarapan)


Dengan bantuan Tour Guide kami(Pak Hadi), dapatlah kami bantuan supir untuk bawa kami ke bandar Jogja.Malahan kami sempat singgah di dua lagi candi kecil berdekatan Borobudur iaitu Candi Pawon dan Candi Mendut.

Candi Mendut


Candi Pawon

Candi Mendut

Candi Pawon terletak lebih dekat dengan Candi Borobudur. Bahagian di dalamnya kecil (mungkin 9m persegi) dan kosong. Hanya ada kesan air hujan mungkin disebabkan bumbung candi yang bocor.

Candi Mendut lebih besar dan masih digunakan dalam upacara keagamaan Buddha. Terdapat 3 patung gergasi Buddha (3 meter tinggi) di dalam candi. Malahan hendak masuk candi ini dikenakan bayaran 2000 rupiah.


Lebih kurang jam 4.00 petang, kami pun sampai di hotel penginapan kami di bandar Jogja iaitu Griya Yunika Boutique Homestay.Tidak dapat dinafikan bahawa Candi Borobudur merupakan antara tempat WAJIB dilawati jika berkunjung ke Jogjakarta. Malahan bagi yang meminati sejarah (macam aku..hehe). Penduduk sekitar Borobudur juga amat ramah dan banyak membantu kami sepanjang 2 hari kami di sini(maklumlah travel tak pakai ejen).

Baiklah! nanti saya akan update lagi pengalaman kami bercuti di Jogjakarta, Indonesia..!




Wednesday, 23 August 2017

Journey to Jogjakarta, Indonesia




 Jogjakarta(Jogja)...!!Kota budaya Indonesia, sebuah kota yang penuh dengan nilai sejarah dan kebudayaan Indonesia. Terletak di pulau Jawa. Jika dari Malaysia, kota ini boleh dilawati dengan penerbangan terus daripada KLIA ke Jogjakarta (Adisutjipto Airport).

  Entry kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman kami berbulan madu di kota ini pada hujung April yang lalu. Moga entry ini dapat membantu bagi sesiapa yang ingin mengunjungi kota ini.

29/April/2017

   Oleh kerana tidak terdapat penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Jogja, maka kami terpaksa transit dahulu di KLIA sehari. Di KLIA kami bermalam sehari di Youniq Hotel dekat Bandar Baru Salak Tinggi (10KM dari KLIA). Kami memilih hotel ini kerana dekat dengan airport dan sekitar hotel ada kedai runcit dan makan.
  Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan shuttle airport pick up. Keadaan bilik amat bersih dan selesa.Apa yang kurang memuaskan adalah pekerja hotel dekat front desk kurang mesra pelanggan. hehe..Tapi housekeeping hotel ini amat terbaik.(Thumbs UP!)

30/April/2017

Awal pagi lagi kami sudah bersiap kerana flight kami berlepas pada jam 8.55 pagi.So, kami ambil la shuttle bus dalam jam 7.00 pagi. Shuttle bus hotel ini setiap jam, kalau kami ambil jam 8.00 pagi takut rushing nanti.


Keadaan luar hotel jam 6.50 pagi

Ruang udara Jogja

Penerbangan mengambil masa 3 jam setengah, lebih kurang jam 11.30 pagi waktu tempatan kami selamat sampai. Sampai  sahaja airport benda pertama kami cari adalah simcard tempatan. Senang sahaja cari, dekat airport pun boleh dapat.

Dekat Jogja ada perkhidmatan Uber, Grab dan Gojek. Tapi kalau dekat airport ni. Driver-driver ni tidak berani ambil rider coz takut dengan Taxi Airport. So kami terpaksalah menggunakan perkhidmatan Taxi airport untuk pergi destinasi pertama kami iaitu Cempaka Guest House(CGH) dekat Borobudur.

Jarak Airport ke Borobudur adalah lebih kurang 42KM, dengan menaiki taxi menelan kos 350 000 rupiah(lebih kurang RM100).Kira amat berpatutan jugalah kerana kami menaiki Rav4 Toyota.
Pintu Gerbang ke Jawa Tengah

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam disebabkan keadaan lalulintas yang Macet(Sesak). Ketibaan kami di CGH lebih kurang jam 3.00 petang. Masa yang ada saya dan isteri bersiar-siar di sekitar Candi Borobudur.(hanya 5 minit berjalan kaki untuk kami ke kawasan candi borobudur)

Isteri saya meninjau cenderamata

Nasi Goreng hanya berharga 10 000 rupiah

Suasana di sekitar candi borobudur amat meriah dengan gelagat peniaga-dan pengunjung yang tidak putus-putus mengunjungi tempat ini. Rata-ratanya orang di sini amat ramah dan mesra dengan pelancong. Kami amat selesa window shopping dekat sini kerana peniaga di sini ramah dan tidak memaksa kami untuk membeli.

Apabila waktu hendak Magrib.Kami pun balik ke Homestay, merehatkan diri sambil tengok siaran TV tempatan(Upin & Ipin tengah bersiaran selama 2 jam).Esoknya kena bangun awal sekitar jam 4 pagi kerana kami hendak melihat Sunrise di Borobudur Temple...!!

Bersambung.......