Seawal 4.15 pagi kami bangun dan bersiap kerana jam 4.30 pagi kakitangan homestay akan membawa kami ke Manohara Resort kerana hanya resort ini menawarkan pakej melihat Borobudur Sunrise.(Bayaran adalah 450 000 rupiah bagi pelancong asing dan kami juga mendapatkan khidmat tour guide).
HargaTiket(Zoom In kalau nak jelas)
Baiklah, sini saya ringkaskan sedikit info tentang Borobudur Temple.
- Dibina sekitar abad ke-8(Candi Buddha terbesar di Dunia).
- Candi ini dibina dengan patung Buddha besar berada ditengah(telah musnah) dikelilingi dengan 72 Stuppa yang didalamnya mengandungi Patung Buddha.
- Setiap patung Buddha di dalam Stuppa 'menggayakan' ritual yang berbeza. Ada patung buddha yang masih dalam keadaan elok dan ada yang telah musnah.
- Terdapat banyak relik disekitar kawasan Candi yang kebanyakannya mengisahkan kehidupan Buddha dan ajaran Buddha.
- Berlaku letusan gunung berapi pada abad ke-10 mengakibatkan kematian kesemua penganut Buddha ketika itu(menurut tour guide).Hari ini, 100% penduduk sekitar candi beragama Islam.
- Dibiarakan tidak berpenghuni sehingga abad ke-19.
- Selain letusan gunung berapi, candi ini pernah juga diserang oleh ektremis muslim sekitar 1930an.
- Candi ini telah dibaikpulih secara besar-besaran sebanyak 3 kali.
- Struktur baru candi ini ditandakan atas arahan dari Unesco(pihak yang bertanggungjawab memulihara Candi).
- Terdapat desas desus Candi ini akan runtuh dalam masa 15 tahun kerana sudut Candi ini mengalami mendapan.
- Candi ini masih digunakan bagi aktiviti keagamaan masyarakat Buddha,(terutama pada Hari Wesak).
Patung Buddha di dalam Stuppa
Stuppa
Yang rambut kuning tu tour guide kami yang boleh berbahasa English, Melayu, Belanda dan Jepun
Antara relik yang terdapat di tembok Candi.
Dari Resort, hanya 15 minit diperlukan untuk sampai ke puncak Candi. Apabila kami sampai di puncak, kelihatan ramai pengunjung yang sudah book tempat untuk melihat sunrise.
Video ringkas suasana di puncak Candi.
Suasananya amat mempersona!Dengan keadaan sekeliling yang berkabus dan banjaran- banjaran gunung mengelilingi Candi .Malahan Gunung Berapi Merapi dapat dilihat dengan jelas mengeluarkan asap!Dan yang paling menabjubkan adalah berada di tempat binaan yang mempunyai sejarah lebih seribu tahun.!
Keadaan yang sedikit sesak di puncak.
Gunung Merapi mengeluarkan asap.
Jam 4.30 pagi di puncak candi.
Me and my Wife
Me and my Wife
Bergambar di depan candi.
Setelah hampir 3 jam ambil gambar dan mengelilingi Candi, kami pun balik semula ke Cempaka Homestay(Sarapan)
Dengan bantuan Tour Guide kami(Pak Hadi), dapatlah kami bantuan supir untuk bawa kami ke bandar Jogja.Malahan kami sempat singgah di dua lagi candi kecil berdekatan Borobudur iaitu Candi Pawon dan Candi Mendut.
Candi Mendut
Candi Pawon
Candi Mendut
Candi Pawon terletak lebih dekat dengan Candi Borobudur. Bahagian di dalamnya kecil (mungkin 9m persegi) dan kosong. Hanya ada kesan air hujan mungkin disebabkan bumbung candi yang bocor.
Candi Mendut lebih besar dan masih digunakan dalam upacara keagamaan Buddha. Terdapat 3 patung gergasi Buddha (3 meter tinggi) di dalam candi. Malahan hendak masuk candi ini dikenakan bayaran 2000 rupiah.
Lebih kurang jam 4.00 petang, kami pun sampai di hotel penginapan kami di bandar Jogja iaitu Griya Yunika Boutique Homestay.Tidak dapat dinafikan bahawa Candi Borobudur merupakan antara tempat WAJIB dilawati jika berkunjung ke Jogjakarta. Malahan bagi yang meminati sejarah (macam aku..hehe). Penduduk sekitar Borobudur juga amat ramah dan banyak membantu kami sepanjang 2 hari kami di sini(maklumlah travel tak pakai ejen).
Baiklah! nanti saya akan update lagi pengalaman kami bercuti di Jogjakarta, Indonesia..!
No comments:
Post a Comment