Monday, 23 October 2017

Manusia yang paling banyak menderma darah.


James Harrison(80 tahun) merupakan seorang warganegara Australia yang aktif menderma darah sejak beliau berumur 18 tahun.Sehingga kini beliau telah menderma lebih 1000 kali dan telah menyelamatkan lebih 2 juta nyawa!

Ketika beliau berusia 13 tahun, beliau telah menjalani pembedahan dada. 13 liter darah diperlukan untuk menjayakan pembedahan tersebut. Setelah beliau sembuh, dia berazam menjadi penderma darah jika sudah berumur 18 tahun.

Disebabkan darah beliau amat jarang ditemui iaitu darah yang mempunyai antibodi yang amat kuat, pihak hospital sering menggunakan plasma darah beliau untuk merawat pesakit. Terutamanya bagi penyakit Rhesus.

 Pada tahun 1999, Kerajaan Australia menganugerahkan beliau Medal of the Order of Australia (OAM) di atas jasa beliau menyelamatkan jutaan nyawa dengan plasma darah beliau.

Friday, 22 September 2017

Maksud lagu Khaylila(Sheila On 7)




Khaylila yang cantik
Cepatlah kau besarAjarkan dunia berbagi seperti yangKu ajarkan kepadamu..Khaylila yang mungilBila kau jadi pemimpinBerikan hak mereka.. Bebas dari rasa takutJuga rasa tertindas
Reff:Dengan senyummu senjata membekuTantara bernyanyi ikuti tingkahmuTak ada lagi naluri menguasaiPerlahan berganti naluri berbagi
Satu hal yang pasti..Ajarkan anak kita..Berbagi.. Memberi.. Lebih dari yang kitaLakukan untuk saat ini..
Back to reff
Dengan senyummu langit terpelukBintang bertakukKu butuh kau sentuh
Tak ada lagiYang ku takutiKu terlindungiDengan Sentuhanmu...
Lirik Lagu Khaylila (Sheila On 7)

Lagu ciptaan gitaris Sheila On 7(SO7) Eross Candra ini sebenarnya diciptakan untuk adik kandung beliau yang bernama Khaylila yang pada saat itu(2004) berusia 2 tahun.
Saat pertama kali aku mendengar bait lagu ini, aku sudah jatuh cinta dengan keindahan liriknyanya yang amat puitis dan pesan-pesan yang terkandung dalam lagu ini. Seterusnya memberi inspirasi kepada diriku untuk menamakan anakku 'Khaylila'.
Khaylila merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa arab iaitu 'Khaila', yang membawa maksud 'Mahkota'.Jika dikaji bait-bait lagu ini, amat sesuai dengan  nama Khaylila.
Khaylila@ Mahkota dipakai oleh permaisuri ataupun raja.Lazimnya raja atau permaisuri merupakan pemimpin. Lagu ini banyak memberi pesan mengenai tanggungjawab/ peranan Khaylila jika besar nanti menjadi pemimpin.
Diharap anakku nanti apabila besar akan menjadi pemimpin untuk diri, keluarga dan masyarakatnya nanti. Amin Ya Rabbal Alamin....

Sunday, 27 August 2017

Journey to Jogjakarta Part 2 (Candi Borobudur)

1 Mei 2017

Seawal 4.15 pagi kami bangun dan bersiap kerana jam 4.30 pagi kakitangan homestay akan membawa kami ke Manohara Resort kerana hanya resort ini menawarkan pakej melihat Borobudur Sunrise.(Bayaran adalah 450 000 rupiah bagi pelancong asing dan kami juga mendapatkan khidmat tour guide).

HargaTiket(Zoom In kalau nak jelas)

Baiklah, sini saya ringkaskan sedikit info tentang Borobudur Temple.

  1. Dibina sekitar abad ke-8(Candi Buddha terbesar di Dunia).
  2. Candi ini dibina dengan patung Buddha besar berada ditengah(telah musnah) dikelilingi dengan 72 Stuppa yang didalamnya mengandungi Patung Buddha.                           
  3. Setiap patung Buddha di dalam Stuppa 'menggayakan' ritual yang berbeza. Ada patung buddha yang masih dalam keadaan elok dan ada yang telah musnah.
  4. Terdapat banyak relik disekitar kawasan Candi yang kebanyakannya mengisahkan kehidupan Buddha dan ajaran Buddha.
  5. Berlaku letusan gunung berapi pada abad ke-10 mengakibatkan kematian kesemua penganut Buddha ketika itu(menurut tour guide).Hari ini, 100% penduduk sekitar candi beragama Islam.
  6. Dibiarakan tidak berpenghuni sehingga abad ke-19.
  7. Selain letusan gunung berapi, candi ini pernah juga diserang oleh ektremis muslim sekitar 1930an.
  8. Candi ini telah dibaikpulih secara besar-besaran sebanyak 3 kali.
  9. Struktur baru candi ini ditandakan atas arahan dari Unesco(pihak yang bertanggungjawab memulihara Candi).
  10. Terdapat desas desus Candi ini akan runtuh dalam masa 15 tahun kerana sudut Candi ini mengalami mendapan.
  11. Candi ini masih digunakan bagi aktiviti keagamaan masyarakat Buddha,(terutama pada Hari Wesak).

Patung Buddha di dalam Stuppa

Stuppa

Yang rambut kuning tu tour guide kami yang boleh berbahasa English, Melayu, Belanda dan Jepun


Antara relik yang terdapat di tembok Candi.


Dari Resort, hanya 15 minit diperlukan untuk sampai ke puncak Candi. Apabila kami sampai di puncak, kelihatan ramai pengunjung yang sudah book tempat untuk melihat sunrise.


Video ringkas suasana di puncak Candi.

Suasananya amat mempersona!Dengan keadaan sekeliling yang berkabus dan banjaran- banjaran gunung mengelilingi Candi .Malahan Gunung Berapi Merapi dapat dilihat dengan jelas mengeluarkan asap!Dan yang paling menabjubkan adalah berada di tempat binaan yang mempunyai sejarah lebih seribu tahun.!

Keadaan yang sedikit sesak di puncak.

Gunung Merapi mengeluarkan asap.

Jam 4.30 pagi di puncak candi.

Me and my Wife

Me and my Wife


Bergambar di depan candi.

Setelah hampir 3 jam ambil gambar dan mengelilingi Candi, kami pun balik semula ke Cempaka Homestay(Sarapan)


Dengan bantuan Tour Guide kami(Pak Hadi), dapatlah kami bantuan supir untuk bawa kami ke bandar Jogja.Malahan kami sempat singgah di dua lagi candi kecil berdekatan Borobudur iaitu Candi Pawon dan Candi Mendut.

Candi Mendut


Candi Pawon

Candi Mendut

Candi Pawon terletak lebih dekat dengan Candi Borobudur. Bahagian di dalamnya kecil (mungkin 9m persegi) dan kosong. Hanya ada kesan air hujan mungkin disebabkan bumbung candi yang bocor.

Candi Mendut lebih besar dan masih digunakan dalam upacara keagamaan Buddha. Terdapat 3 patung gergasi Buddha (3 meter tinggi) di dalam candi. Malahan hendak masuk candi ini dikenakan bayaran 2000 rupiah.


Lebih kurang jam 4.00 petang, kami pun sampai di hotel penginapan kami di bandar Jogja iaitu Griya Yunika Boutique Homestay.Tidak dapat dinafikan bahawa Candi Borobudur merupakan antara tempat WAJIB dilawati jika berkunjung ke Jogjakarta. Malahan bagi yang meminati sejarah (macam aku..hehe). Penduduk sekitar Borobudur juga amat ramah dan banyak membantu kami sepanjang 2 hari kami di sini(maklumlah travel tak pakai ejen).

Baiklah! nanti saya akan update lagi pengalaman kami bercuti di Jogjakarta, Indonesia..!




Wednesday, 23 August 2017

Journey to Jogjakarta, Indonesia




 Jogjakarta(Jogja)...!!Kota budaya Indonesia, sebuah kota yang penuh dengan nilai sejarah dan kebudayaan Indonesia. Terletak di pulau Jawa. Jika dari Malaysia, kota ini boleh dilawati dengan penerbangan terus daripada KLIA ke Jogjakarta (Adisutjipto Airport).

  Entry kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman kami berbulan madu di kota ini pada hujung April yang lalu. Moga entry ini dapat membantu bagi sesiapa yang ingin mengunjungi kota ini.

29/April/2017

   Oleh kerana tidak terdapat penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Jogja, maka kami terpaksa transit dahulu di KLIA sehari. Di KLIA kami bermalam sehari di Youniq Hotel dekat Bandar Baru Salak Tinggi (10KM dari KLIA). Kami memilih hotel ini kerana dekat dengan airport dan sekitar hotel ada kedai runcit dan makan.
  Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan shuttle airport pick up. Keadaan bilik amat bersih dan selesa.Apa yang kurang memuaskan adalah pekerja hotel dekat front desk kurang mesra pelanggan. hehe..Tapi housekeeping hotel ini amat terbaik.(Thumbs UP!)

30/April/2017

Awal pagi lagi kami sudah bersiap kerana flight kami berlepas pada jam 8.55 pagi.So, kami ambil la shuttle bus dalam jam 7.00 pagi. Shuttle bus hotel ini setiap jam, kalau kami ambil jam 8.00 pagi takut rushing nanti.


Keadaan luar hotel jam 6.50 pagi

Ruang udara Jogja

Penerbangan mengambil masa 3 jam setengah, lebih kurang jam 11.30 pagi waktu tempatan kami selamat sampai. Sampai  sahaja airport benda pertama kami cari adalah simcard tempatan. Senang sahaja cari, dekat airport pun boleh dapat.

Dekat Jogja ada perkhidmatan Uber, Grab dan Gojek. Tapi kalau dekat airport ni. Driver-driver ni tidak berani ambil rider coz takut dengan Taxi Airport. So kami terpaksalah menggunakan perkhidmatan Taxi airport untuk pergi destinasi pertama kami iaitu Cempaka Guest House(CGH) dekat Borobudur.

Jarak Airport ke Borobudur adalah lebih kurang 42KM, dengan menaiki taxi menelan kos 350 000 rupiah(lebih kurang RM100).Kira amat berpatutan jugalah kerana kami menaiki Rav4 Toyota.
Pintu Gerbang ke Jawa Tengah

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam disebabkan keadaan lalulintas yang Macet(Sesak). Ketibaan kami di CGH lebih kurang jam 3.00 petang. Masa yang ada saya dan isteri bersiar-siar di sekitar Candi Borobudur.(hanya 5 minit berjalan kaki untuk kami ke kawasan candi borobudur)

Isteri saya meninjau cenderamata

Nasi Goreng hanya berharga 10 000 rupiah

Suasana di sekitar candi borobudur amat meriah dengan gelagat peniaga-dan pengunjung yang tidak putus-putus mengunjungi tempat ini. Rata-ratanya orang di sini amat ramah dan mesra dengan pelancong. Kami amat selesa window shopping dekat sini kerana peniaga di sini ramah dan tidak memaksa kami untuk membeli.

Apabila waktu hendak Magrib.Kami pun balik ke Homestay, merehatkan diri sambil tengok siaran TV tempatan(Upin & Ipin tengah bersiaran selama 2 jam).Esoknya kena bangun awal sekitar jam 4 pagi kerana kami hendak melihat Sunrise di Borobudur Temple...!!

Bersambung.......