Hari ini Multi Level Marketing(MLM) bukanlah satu bidang perniagaan yang asing bagi penduduk Malaysia. Sebagaimana komputer, internet dan komunikasi tanpa wayar atau secara ringkas dikenali ICT adalah perkara yang tidak dapat dielakkan daripada kehidupan sesuai dengan zamannya.
Begitu juga dengan MLM, perniagaan abad ke-21. Hari ini, banyak produk/ perkhidmatan menjalankan perniagaan berasaskan MLM. Tidak kira produk kesihatan, runcit, telekomunikasi, emas, seminar dan bermacam-macam lagi menggunakan sistem MLM.
Entry kali ini akan cuba mengungkap 4 kesilapan utama yang selalu dibuat oleh rakyat Malaysia dalam menjalankan perniagaan MLM
1. Salah memilih syarikat.
Seharusnya sebelum menyertai mana-mana syarikat MLM, orang ramai seharusnya menyemak/ menyiasat latar belakang syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) dan menyemak dengan Bank Negara Malaysia. Lebih 250 syarikat pelaburan/MLM telah disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia.
Selain itu, kita juga perlu tahu mengenai
a. Adakah syarikat mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas?
b. Adakah pengurusan syarikat mempunyai sikap yang jujur, dedikasi dan dapat dipercayai?
c. Apakah pencapaian dan kejayaan syarikat itu sejak mula beroperasi sehingga kini?
D. Adakah benar ia diiktiraf sebagai syarikat global dan berapa buah negara yang sudah ia masuki?
WHO IS ELKEN??
2. Hanya menjual
Sesiapa yang menjalankan perniagaan MLM, harus faham bahawasanya perniagaan MLM tidak seperti perniagaan yang lain. Perniagaan MLM yang lebih penting kita membina rangkaian dan membina empayar perniagaan kita sendiri.
Kebanyakan mereka yang membuat MLM secara menjual sahaja tidak akan bertahan lama membuat MLM. Kita harus ingat, perniagaan MLM ini amat-amat berlaianan. Seharusnya seseorang itu kosongkan diri belajar sistem MLM dan belajar daripada Upline yang berjaya dalam MLM tersebut.
Harus diingat!MLM lebih sekadar duit.
3.Tidak menganggap MLM ini perniagaan yang besar.
Kebanyakkan syarikat MLM, perniagaannya boleh diwarisi!Bayangkan anda ada satu akaun di sebuah syarikat MLM yang mempunyai ramai rangkaian dan akaun anda itu boleh diwarisi untuk anak ataupun cucu!
MLM adalah perniagaan yang besar, walaupun boleh dibuat secara part time. Tetapi jika kita letakkan usaha, komitmen dan fokus kita dalam MLM, kita boleh menjalan perniagaan MLM tersebut dalam beberapa generasi mendatang kita!
Sebagai contoh syarikat-syarikat MLM daripada USA seperti Avon dan Herbalife(sekadar menyebut beberapa nama) . Bagi mereka yang mula-mula dahulu menjalankannya.Hari ini usaha dan komitmen mereka dalam MLM tersebut berbaloi kerana Avon dan Herbalife hari ini sudah berkembang ke serata DUNIA!
Bagi rakyat Malaysia, bagi saya.Amat-amat rugi jika tidak melihat peluang perniagaaan MLM Elken.
Sekian...
No comments:
Post a Comment