Posting blog saya pada kali ini akan mengupas mengenai 5 mitos ataupun tanggapan yang salah mengenai MLM khusunya bagi masyarakat Malaysia.
1) Hanya yang terawal buat MLM sahaja akan untung.
Ini merupakan anggapan SALAH yang paling banyak orang ramai berpendapat mengenai perniagaan MLM. Tidak dinafikan jika seseorang melihat peluang itu sebelum orang lain nampak, akan mempunyai kelebihan untuk lebih berjaya. Bukan sahaja dalam MLM, malahan dari pelbagai bidang perniagaan ataupun pekerjaan.
Ciri utama untuk berjaya dalam MLM adalah bagaimana kita pemimpin DIRI kita dan rangkaian ataupun Downline kita untuk berjaya. Bukan hanya merekrut dan menjual produk ataupun merekrut sahaja.
Saya mengambil contoh seorang insan yang baru 3 tahun menceburi perniagaan MLM ELKEN yang berjaya meraih pendapatan lebih RM 40 000 sebulan di ELKEN iaitu Amirul Mukminin dari negara Brunei Darulsalam. Beliau bukanlah peneraju/ orang terawal membuat bisnes Elken di Brunei.Tetapi beliau antara orang yang berjaya di dalam ELKEN!! Ini membuktikan bukan orang terawal buat akan untung lebih dari yang lambat buat!
2) Produk MLM overpriced/mahal
Sebelum ini saya pun beranggapan demikian kerana produk MLM mahal adalah disebabkan untuk membayar bonus kepada orang-orang yang dahulu join MLM.
Tetapi sebenarnya, jika syarikat MLM itu betul-betul syarikat MLM (Bukan syarikat SCAM/ MONEYGAME), produk yang mereka pasarkan adalah produk yang hebat dan tidak boleh didapati di pasaran. Ini kerana MLM yang betul, akan mencari produk yang betul-betul power dan akan mempaternkan produk tersebut.
Saya pernah mensurvey harga produk makanan No Trans Fat di pasaran biasa. Selalunya produk tersebut akan ada mention 'Suitable for diabetis'. JIka dibandingkan dengan produk No Trans Fat di MLM. Di MLM lagi murah.
Salah satu contoh adalah produk Live ekstra daripada Elken, produk yang di ilhamkan oleh Dr. Ferid Murad(Pemenang Hadiah Nobel Prize)
3)Hanya yang pandai menjual/ bercakap boleh berjaya di MLM.
Pandai menjual/ bercakap bukanlah sebab utama seseorang boleh berjaya di MLM. Kejayaan yang paling utama adalah :
a) Bagaimana menyelesaikan masalah sendiri dan rangkaian
b) Bagaiamaa memimpin diri dan rangkaian
c) Bagaimana cepat/ hebat kita meniru orang yang berjaya.
4)Tidak sesuai bagi orang yang sibuk/ tidak ramai kawan.
Setiap orang mempunyai 24 jam sehari, tidak ada orang di dunia ini yang masanya lebih 24 jam sehari.
Sebenarnya untuk mendapat pendapatan di MLM bukan bergantung pada masa ( seperti kita bekerja OT untuk bayaran lebih) tetapi bagaimana kita GANDAKAN masa kita. Untuk gandakan masa kita, kita perlu memimpin ataupun mencari rakan kongsi di MLM, semakin ramai rakan kongsi kita di MLM sebanyak banyak masa kita! Dan MLM yang betul adalah plan marketingnya dibayar mengikut sesiapa yang berusaha lebih.
Mengenai yang kena pandai bercakap pula. Sebenarnya semua orang pandai bercakap. semua orang suka bercakap, lebih-lebih lagi topik yang melibatkan diri- sendiri! Seseorang akan bercakap tanpa henti jika mengenai diri sendiri! Dalam MLM pula, seseorang itu haruslah bercerita mengenai sesuatu yang mereka minat!kerana seseorang akan berkongsi//bercerita dengan ikhlas jika melibatkan diri mereka ataupun benda yang mereka minat!
5)Semua MLM adalah sama sahaja
Kenyataan ini 100% salah! Untuk berjaya dalam MLM, kita perlu memilih syarikat MLM yang betul.
Saya sendiri telah menghadiri banyak seminar/ talk syarikat-syarikat MLM bagi mencari syarikat MLM yang betul-betul boleh menjadi karier!Akhirnya saya memilih ELKEN disebabkan beberapa ciri/ keunikan yang tidak ada pada syarikat MLM yang lain.
Oleh itu, bagi sesiapa yang mencari peluang perniagaan terutamanya dalam MLM. Seharusnya mencari sebuah syarikat yang betul-betul MLMnya boleh buat bukan hanya sekadar part time, tetapi boleh menjadi perniagaan yang boleh diwarisi oleh waris kita seperti perniagaan MLM Avon, Herbalife ataupun Amway. Syarikat MLM yang sudah Kukuh puluhan tahun, hari ini. Waris-waris, anak-anak cucu mereka yang telah membuat MLM ini mewarisi empayar MLM yang sudah merebak ke seluruh DUNIA.
No comments:
Post a Comment