6)Menjadi seorang yang bijak, berbakat dan ada kelebihan sejak kecil
Siapa yang tidak kenal Lionel Messi (dilahirkan untuk bermain BOLA) ataupun Siti Nurhaliza (berbakat dalam bidang nyanyian)?. Dalam kehidupan kita pasti kita kenal segilintir orang yang menjadi kaya kerana berbakat dan bijak bukan?
Kita juga mengetahui Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, seniman agung yang amat-amat berbakat dalam industri hiburan di rantau Asia mati dalam keadaan miskin. Sebenarnya dalam dunia yang penuh ranjau dan dugaan ini, untuk menjadi Kaya perlukan lebih sekadar berbakat ataupun berwatakan menarik.
7)Menjadi kaya kerana Tuah.
Bagai bulan jatuh ke riba, hehe..Ramai antara kita hari ini mengimpikan untuk menjadi kaya dengan menang loteri ataupun berjudi. Beli nombor ataupun ke kasino untuk menjadi kaya, akhirnya apa yang dapat hanyalah duit tergadai ataupun lebih teruk lagi terpaksa menanggung hutang.!
Walaupun kita menang judi ataupun loteri bernilai jutaan ringgit sekalipun, kajian menunjukkan mereka yang menang akan bankrap selepas 5 tahun. Kita pun mengetahui duit yang kita dapat daripada hasil ini umpama ANGIN...senang datang dan senang pergi.
8)Mewarisi harta pusaka
Amat-amat beruntunglah jika sesiapa yang dilahirkan dalam keluarga berada yang mempunyai harta yang boleh diwarisi. Tetapi bukan semua yang bertuah seperti ini, kita seharusnya mencari cara lain untuk menjadi kaya.
9)Melabur
Melabur duit untuk mendapatkan duit, nampak seperti senang bukan? Akan tetapi melabur memerlukan ilmu kewangan(tidak di ajar di sekolah) dan risiko yang amat besar. Contohnya seperti Forex, Public Mutual, Hartanah, Emas dan simpan duit di bank.
Cara yang paling mudah adalah melabur duit di bank ataupun ASB/ Tabung Haji. Contoh, jika kita mempunyai RM 5 juta dan kita laburkan ke dalam Tabung Haji, andaikan kita akan diberi 7% interest setiap tahun bermakna kita akan mendapat RM350 000 setiap tahun..! itupun jika kita mempunyai 5 juta.
10) Membangunkan perniagaan
Salah satu cara yang melahirkan bukan sahaja jutawan tetapi bilionaire di dunia ini. Donald Trumph, Bill Gates, Steve Jobs, Tony Fernandez dan Syed Mokhtar merupakan contoh Bilionaire yang lahir dari cara membangunkan perniagaan.
Mereka semua ini bermula daripada bawah, from nothing to something. Berjiwa kental dan amat-amat rajin berusaha untuk membangunkan perniagaan mereka.Pernagaan mereka bukan membesar dalam masa 3-5 tahun, tetapi kebanyakan mereka mengambil masa lebih 10 tahun untuk mengukuhkan empayar perniagaan mereka.
Inilah 10 cara bagaimana untuk menjadi Kaya, cara ke-11 ini merupakan cara baru untuk menjadi kaya. Cara ke-11 akan disambung pada posting seterusnya.Terima kasih kerana sudi membaca
Luarbiasa!!!
ReplyDelete