"Air Alkali bagus untuk badan tetapi mestilah dalam keadaan PH7 iaitu sama dengan PH badan kita,
Air RO tidak sesuai diminum kerana tidak mengandungi mineral dan zat. Badan manusia perlukan mineral untuk hidup"
Pengguna Air Alkali
"Badan kita memerlukan air yang tulen(RO) untuk metabolisme badan, jika hendakkan mineral. Kita boleh dapat daripada makanan. Tidak pernah kita dengar mengenai pengambilan air seimbang, hanya kita dengar pemakanan seimbang"
Pengguna Air RO
Kenyataan di atas ini selalu kita dengar dari pengguna air alkali ataupun pengguna air RO. Persoalannya sekarang, apakah sebenarnya badan kita perlu dan harus kita minum? Adakah air RO ataupun Alkali?
Terutamanya bagi rakyat Malaysia, apakah penapis air yang sesuai digunakan? Untuk menjawab soalan ini, kita seharusnya kena mengetahui, air yang kita minum ini dari mana sumbernya. Kebanyakan sumber air yang kita dapat adalah daripada air paip.Adakah kita tahu bagaimana proses rawatan air dilakukan sebelum sampai ke rumah kita?
Proses Rawatan Air
1.Penyaringan
Pada permulaan, sumber air mentah akan diambil daripada sungai. Serpihan kayu, dedaun, tumbuhan akuatik dan bendasing yang terapung akan diasingkan melalui proses saringan. Selepas disaring, bahan terampai yang lebih padat akan dibuang dengan membenarkan air mengalir melalui kebuk yang mana ia akan mendap ke dasar.
2.Pengudaraan.
Air mentah yang dipam masuk dicampur dengan udara di ruang pengudaraan. Proses pengudaraan menghasilkan oksigen dari atmosfera bagi pengoksidaan besi dan mangan terlarut kepada bentuk tidak larut bagi tujuan menyingkirkannya. Proses ini juga membantu membuang rasa dan bau yang tidak menyenangkan.
3.Kaogulasi dan Flokulasi
Koagulan, lazimnya tawas ditambah bagi membentuk partikel mikroskopik di dalam air. Ia kemudiannya diadun dengan lembut bagi membolehkan partikel kecil di dalam air berlaga dan bergabung bagi membentuk kentalan yang boleh mendap.
4.Penapisan.
Air yang telah mendap akan melalui penapis yang memerangkap partikel halus dan bakteria. Air yang bersih kemudiannya akan memasuki tangki air jernih. Penapis akan dicuci menggunakan kaedah backwash dengan kerap melalui kombinasi adunan udara dan air bagi memastikan kelancaran operasi.
5.Pelarasan PH
Air didalam tangki jernih akan diinfeksi bagi menghauskan mikroorganisma yang kekal di dalam air selepas proses penapisan. Klorin bergas atau kompaun klorin lazimnya digunakan untuk tujuan pembasmian kuman. Paras PH diselaraskan menggunakan kapur atau abu soda.
6.Tangki Air Jernih.
Air yang telah dirawat akan dikumpul dan disimpan di dalam tangki air jernih bagi tujuan pengagihan.
Dan akhirnya selepas proses rawatan air tersebut. Bekalan air bersih akan sampai ke rumah kita. Persoalannya adalah....
1.Adakah air yang sampai ke rumah kita betul-betul bersih?
Memang benar air yang sampai ke rumah kita bersih (pemerhatian visual), tetapi air itu tidak sihat untuk diminum. Kejernihan air yang sampai kerumah kita lazimnya disebabkan klorin yang ditambah ke dalam air dengan dos yang dibenarkan. Adakah klorin di dalam air minuman selamat diminum?
2.Adakah kita memerlukan penapis air dirumah?
Iya, kita perlu penapis air dirumah. Tetapi adakah penapis air Alkali ataupun RO persoalannya?
Apa Kata Pakar?
Penapis air alkali ataupun penapis air ro? Seharusnya kita rujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang kesihatan ataupun pakar air.Apa kata mereka?
"Sekiranya kita terperangkap oleh Air Palsu, ia boleh membawa kerosakan kepada kita (Air Alkali)"
~Dr. Mercola
"Keberkesanan makanan terhadap badan kita tidak ada kena mengena dengan PH makanan/air tersebut. Yang penting ialah bagaimana makanan tersebut mengubah pH badan kita selepas dihadam. Kebanyakan makanan seperti jus lemon akan meningkatkan pH selepas dihadam, menjadikan badan kita alkali!"
~ WQA Aquatech USA 2012
"Mineral bukan organik yang ada dalam air paip adalah berita buruk!"
~Jabatan Hal Ehwal pengguna California
Oleh itu, dapat disimpulkan disini penapis air yang terbaik untuk digunakan adalah penapis air Reverse Osmosis.
Penapis Air RO terbaik di Asean.
Hari ini, begitu banyak penapis air RO yang dijual diluar sana.Jadi yang mana satukah yang terbaik?
Bagi kita rakyat Malaysia seharusnya memilih penapis air yang betul di rumah kita. Bagi saya penapis air yang terbaik adalah penapis air Ken Series daripada Elken kerana :
1. Penapis air dengan pelbagai Anugerah
Penapis air yang begitu banyak menang anugerah di peringkat Malaysia mahupun antarabangsa. Antaranya adalah WQA S-300 (hanya ada 4 penapis air di dunia yang ada pengiktirafan ini). Pembuatan penapis air juga diperakui mengikut ISO dan Safety. Malahan mendapat pensijilan Halal daripada Jakim.
2. Penapis bertaraf dunia dengan pakar-pakar air sedunia.
Begitu ramainya pakar air bertaraf dunia yang bekerjasama dengan Elken untuk menginovasi rekaan penapis air ini. Salah satunya adalah Michael R.Long, pakar air tahap VI merupakan yang tertinggi di dunia!
3.Lebih dari 2 juta pengguna di seluruh Asean.
Lebih 2 juta pengguna yakin dan berpuas hati dengan menggunakan Penapis Air Ken Series Elken!
4. Rangkaian servis dan sokongan terbesar di Asia Tenggara.
Rangkaian servis dan sokongan terbesar di Asia Tenggara! Oleh itu tidak perlu risau mengenai pemasangan ataupun ingin menservis penapis air anda.
5. Penapis yang dipercayai oleh badan-badan korporat di Malaysia.
Jangan bimbang dengan kualiti dan jaminan Elken, kerana begitu banyak hospital dan badan- badan Korporat di Malaysia sudah menggunakan penapis air Ken Series Elken.
Dengan ciri-ciri yang ada pada penapis air RO Ken Series Elken. Sewajarnya penapis air ini merupakan yang terbaik dipasang dirumah anda untuk menjamin kesihatan anda sekeluarga.
Bagi yang berminat bolehlah PM dan sesiapa yang berminat merebut peluang di Elken bolehlah juga PM dan menghubungi Admin. Sekian, Terima Kasih sudi membaca.
P/S : Bukan ingin mengatakan PENAPIS AIR RO lebih bagus daripada PENAPIS AIR ALKALI, tetapi ini merujuk dengan kualiti air yang sampai ke rumah kita. Belum ada penapis air di dunia ini YANG DAPAT MENAPIS MINERAL TIDAK BAGUS DAN MEMBENARKAN MINERAL BAGUS BERADA DI DALAM AIR!
Masih belum dicipta lagi penapis air berteknologi sedemikian yang pandai mengasingkan mineral. Lebih bagus meminum air yang kosong daripada minum air yang mengandungi mineral baik bercampur dengan mineral tidak bagus seperti karat besi, logam berat, klorin dan lain-lain.
Lagipun penapis Air Alkali adalah air Alkali buatan, bukannya semulajadi.Mungkin di Singapura ataupun Jepun boleh menggunakan penapis air Alkali kerana air yang dibekalkan ke kediaman mereka adalah air RO, itupun jika paip besi bekalan air tidak berkarat....