Donald Trump, seorang bilionaire yang amat-amat pakar dalam bidang hartanah mencadangkan kepada orang ramai untuk membuat MLM??Jika kita tanya orang ramai, pasti ramai yang berfikiran sinis mengenai MLM. Oleh itu, mari kita tanya beliau mengapa dia mencadangkan MLM.
Asalnya saya juga sama seperti Robert (Robert T.Kiyosaki), tidak banyak mengetahui tentang MLM atau industri jualan langsung. Tetapi apabila ada rakan memberitahu saya, MLM adalah model bisnes yang paling cepat berkembang, saya terus membuka minda saya lalu meneliti dengan lebih dekat. Apa yang saya temui telah mengejutkan saya.
Saya masih ingat tidak lama dahulu, ramai yang tidak sependapat dengan model bisnes yang dikenali sebagai francais. Namun hari ini seluruh dunia mengenali McDonalds. MLM juga sama, bidang ini adalah model bisnes yang masih baru dan menghadapi tentangan yang sama seperti yang dialami oleh model bisnes francais beberapa tahun yang lalu.
Selepas meneliti industri baru ini, saya terkejut apabila mendapati banyak syarikat besar dalam senarai FORTUNE 500 sudah menambah komponen MLM dalam segmen bisnes mereka. Pada hari ini, kebanyakan bank, syarikat telekomunikasi, syarikat broker hartanah, syarikat kad kredit, dan jenama pengguna utama komited terhadap bentuk pemasaran dan pengedaran baru ini.Jadi, saya menyarankan supaya kita terus kekal membuka minda, dan sekiranya kita sedang mencari sesuatu bagi memulakan bisnes sendiri, MLM mungkin sesuai.
Pemasaran adalah alat yang berkuasa dan MLM dapat meningkatkan kuasa itu, dengan syarat kita perlu bermotivasi tinggi. Untuk gambaran yang lebih mudah, cuba kita lihat pada satu-satu produk, kemudian buangkan elemen-elemen pengiklanan yang ada pada produk itu. Kini terpulang kepada kita bagaimana hendak melakukan pemasaran dan pengiklanan untuk produk itu.
Ini adalah tugasan yang besar, tetapi masih dapat dilakukan sekiranya kita mempunyai keghairahan yang cukup besaar bagi melakukan tugasan itu secara sendirian an mengekalkan momentum serta motivasi pada paras tertinggi secara berterusan. Malah, memerlukan semangat keusahawanan, iaitu fokus dan ketekunan. Saya tidak mengesyorkan bisnes ini kepada sesiapa yang tidak mempunyai motivasi yang tinggi.
Satu lagi aspek penting dalam MLM, bisnes ini bersifat sosial. Jadi sekiranya kita bukan jenis yang suka bergaul dan keluar bersosial, saya yakin kita pasti berfikir dua kali sebelum menceburkan diri ke dalamnya. Sifat suka bergaul adalah satu keperluan dalam bisnes ini.
Sama seperti pengiklanan, tidak ada gunanya melakukan kempen pengiklanan yang hebat sekiranya produk itu tidak sehebat iklannya. Harus diingat apabila kita sudah memutuskan mahu menjadi pengedar sesuatu produk, kita perlu bertanggungjawab di sisi undang-undang ke atas semua dakwaan yang kita buat terhadap produk, syarikat dan peluang yang ada. Paling penting, pastikan produk itu berbaloi dengan tenaga dan kesetiaan yang dicurahkan. Sekiranya tidak, kita hanya membuang masa dan tenaga.
Sewaktu menyentuh MLM, Robert ada menyebut tentang betapa pentingnya kita keluar dari zon selesa. Beliau juga menyarankan supaya memperuntukkan masa yang secukupnya pada diri kita. Ini adalah poin-poin yang bagus bagi dipertimbangkan. Saya juga bersetuju yang kejayaan seseorang itu bergantung pada kualiti kepimpinan yan dimilikinya. Sudah tentu kita juga perlu memiliki sikap bertanggungjawab dan keyakinan diri.
Sama juga seperti pekerjaan yang lain, sebelum memulakannya kita perlu mengkaji sedalam mungkin tentang apa yang akan kita lakukan. MLM sudah terbukti menjadi sumber pendapatan yang berpotensi memberikan ganjaran yang lumayan, dan cabaran-cabarannya sesuai buat kita. Terdapat beberapa contoh kejayaab luar biasa yang berlaku dalam bisnes ini. Kejayaan-kejayaan ini diperoleh melalui semangat, ketekunan, serta produk yang betul digabungkan dengan masa yang tepat. Sama juga seperti isu-isu lain yang sudah banyak kita bincangkan sebelum ini, terdapat isu-isu yang ketara dan sebaliknya yang terlibat, tetapi kejayaan itu bukanlah suatu misteri, malah turut berlaku di MLM.
Tentu kita pernah mendengar tentang kumpulan sasaran, iaitu alat penyelidikan yang digunakan oleh agensi pengiklanan apabila mereka sedang menguji produk baru, Mereka akan pergi ke lokasi yang berbeza setiap hari dan bertanya kepada orang ramai apa yang mereka suka dan tidak suka tentang produk baru. Sekiranya kita bercadang mahu mencipta sesuatu produk, langkah yang terbaik adalah menyimpan semua idea kumpulan sasaran itu. Sekiranya kita menyukai produk itu, bukan bermakna orang lain turut menyukainya. Mencari persamaan terhadap tarikan sesebuah produk adalah penting.
Nasihat ringkas saya tentang bisnes MLM, lakukan sendiri penyelidikan kita dan kemudian aplikasikan segala pengetahuan kita ke dalam produk itu. SEMANGAT SEJATI SUKAR DITEWASKAN, MANAKALA KEJAYAAN PASTI MENJADI MILIK KITA.
Donald J. Trump (Petikan dari buku "Why we want you to be rich")
No comments:
Post a Comment