Cover depan akhbar Kosmo bertarikh 7 Jun 2016 menyiarkan laporan mengenai 56 syarikat pelaburan disenarai hitamkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang telahpun mengaut berbilion ringgit dari orang ramai.
Kebanyakan syarikat ini berselindung di sebalik aktiviti pelaburan emas, dana, forex, mlm dan sebagainya. Walaupun telah disenaraihitamkan oleh BNM, kebanyakan aktiviti syarikat ini masih aktif menjalankan perniagaan.
Senarai di atas merupakan senarai 56 syarikat pelaburan yang telah disenaraihitamkan oleh BNM yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina. Senarai di atas berlainan daripada senarai yang dikeluarkan oleh BNM di laman web mereka (271 syarikat disenarai hitamkan.).Mungkin senarai syarikat masih belum dikeluarkan secara rasmi oleh BNM. Beberapa syarikat besar turut tersenarai seperti Tone Excel (Prepaid), Mface(Internet), Phyto Science (produk kesihatan) dan beberapa lagi syarikat melibatkan pelaburan dan MLM.
Kepada orang ramai di luar sana yang mencari peluang perniagaan dan pelaburan, seharusnya mengikuti nasihat daripada PDRM seperti flyers di bawah ini.
p/s :Tidak semua MLM itu adalah penipuan, tingkatkan ilmu kewangan anda kerana kehidupan sering mengajar dan menge 'test' kita lebih-lebih lagi melibatkan DUIT!
No comments:
Post a Comment