Saturday, 11 June 2016

Ulasan Ielken Online Business!! Peluang perniagaan terkini!


Permulaan

Alhamdulillah pembentangan Ielken Online Business berjalan dengan lancar pada 11 June 2016 bertempat di Ming Grand Ballrom, Ming Garden Hotel Kota Kinabalu, Sabah.

Persediaan dewan sedang dijalankan

Bagi admin sendiri amat-amat rugi bagi rakyat Sabah yang tidak hadir pada pembentangan perniagaan ini. Di ucapkan sekalung tahniah kepada semua hadirin yang berjaya hadir walaupun ketika berlangsung pembentangan adalah musim cuti sekolah dan bulan Ramadhan.

Walaupun acara bermula sedikit lewat(lewat 15 minit), tetapi acara berjalan dengan lancar. Pembukaan dimulakan dengan pengenalan kepada Program Director(PD) dan para pemimpin tertinggi Elken khususnya pemimpin dari Sabah.

Seterusnya adalah acara senamtari dan video pengenalan mengenai Elken dan potensi pasaran Online di tayangkan 


Video : Revolusi Perniagaan Masa kini

Video : Elken


Suria Mohd (Selebriti, Nutrisi, Motivator, Penulis dari Singapura)

Pembentangan perniagaan diteruskan lagi dengan speaker pertama mengambil tempat iaitu Suria Mohd (Selebriti, Nutrisi, Motivator daripada Singapura). Speaker Suria Mohd menceritakan kepada hadirin yang datang KUNCI yang paling penting untuk berjaya adalah PERCAYA DAHULU, MILIKI KEMUDIAN!

Beliau menerangkan tidak ada salah dan betul dalam konsep percaya diri sendiri. Jika kita mengatakan diri kita boleh, maka bolehlah, jika tidak maka tidaklah. 

Sikap segelintir orang yang selalu berdoa dan mengharap agar kehidupan bertambah baik tetapi tidak mahu merebut peluang merupakan punca kenapa diri kita tidak berubah dan asyik merungut. Beliau membuat perumpamaan seperti seorang yang terkandas dalam banjir di atas bumbung rumah. Walaupun perahu, speedbot dan helikopter datang memberi bantuan menyelamat tetapi enggan kerana percaya Tuhan akan tolong!!Akhirnya mati lemas dan berjumpa dengan Tuhan dengan keadaan marah kenapa Tuhan tidak selamatkannya, maka Tuhan cakap "Aku hantar perahu,speedbot dan helikopter kenapa ko tidak naik??? 

Tuhan memang akan bantu kita, tetapi Tuhan akan membantu kita dengan memberi PELUANG. Dari diri kitalah hendak merebut ataupun tidak. Suria Mohd yakin Ielken ini akan menjadi syarikat GERGASI MLM dari ASIA...!!Dan turut mengatakan amat rugi jika orang Asia tidak merebut peluang ini lebih-lebih lagi Malaysia, Brunei dan Singapura!

Suria Mohd, Individu yang berpengaruh di sosial media Singapura


Sikap kebanyakan orang juga yang salah bertanya. Meminta pendapat dengan orang yang bukan bidang, seperti bertanyakan perkara berkenaan bisnes dengan orang yang bekerja!adakah betul tindakan itu? 

Seharusnya jka ingin berjaya dalam perniagaan seharusnya bergaul dengan orang yang sudah berjaya dalam perniagaan!Beliau juga mengatakan bahawa setiap orang ada harta yang paling berharga dalam diri iaitu otak!Dari diri sendirilah ingin menabur benih ataupun racun dalam kepala sendiri! Perkara paling penting adalah diri sendiri harus berubah!

Suasana ketika Suria Mohd menyampaikan topik

Seng Kok Meng

Antara Jutawan MLM yang berpendapatan tinggi di Malaysia yang mempunyai rangkaian lebih 10 buah negara! Beliau menyampaikan topik kedua iaitu apakah sebenarnya Ielken ini!

Beliau menerangkan potensi Ielken yang amat-amat besar di peringkat antarabangsa. Dengan menggunakan perniagaan teknologi terkini dan sokongan padu dari syarikat yang kukuh disulami dengan produk bertaraf dunia! Ini merupakan faktor utama kenapa semua orang harus membuat Ielken!

Setiap orang walaupun tidak tahu dan kurang faham dengan Ielken seharusnya berfikiran positif dan sudi belajar perniagaan ini. Perkara paling penting adalah memahami dan menerima perubahan ini untuk kesejahteraan masa depan! Kerana perniagaaan Ielken adalah trend terbaru! Seharusnya sertai dahulu, belajar kemudian. Elken mempunyai sistem pendidikan bertaraf ISO yang telahpun berjaya melahirkan 106 jutawan!Jadi jangan ragu-ragu dengan Ielken!

Now Or Never Ielken!


Kata-kata Jack Ma yang beliau petik mengapa ramai orang tidak berjaya kerana sikap suka menunggu dan bertangguh! Perniagaan Online sebegini seharusnya kita harus bertindak cepat dan pantas. Yang paling penting cari rakan kongsi secepat yang boleh.

Pelan pemasaran Ielken yang memberi sehingga 5 ganjaran merupakan antara pelan pemasaran terbaik yang pernah admin nampak. Menggabungkan sistem pemasaran direct selling (Welcome Bonus), Binary (Team Bonus), Bonus kepimpinan (Mentor Bonus) dan Dividen Bonus! Pelan pemasaran yang adil, menguntungkan dan bersifat jangka panjang!

Potensi pasaran Ielken!



Seharusnya, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa sekarang ini, Ielken adalah perniagaan dan pelaburan terbijak yang kita boleh buat! Jika inginkan maklumat lanjut atauun ada soalan 'Killer' mengenai Ielken. Bolehlah PM admin.. Salamz  hujung minggu! 









No comments:

Post a Comment