Tuesday, 14 June 2016

Apakah Rasionalnya Dr. Mahathir menganggap tahun 2020 industri terbaik adalah MLM!


Tun Dr. Mahathir Mohamad, bapa pemodenan Malaysia. Walaupun sudah lebih 14 tahun bersara dari arena politik tanah air tetapi setiap kata dan pendapat beliau masih lagi masyarakat dunia mendengar dan masih lagi giat mengadakan talk di seluruh dunia.

Mungkin anda semua pernah melihat keratan akhbar di atas ataupun kenyataan di atas pernah di dengar? Yang mana menerangkan Dr. Mahathir melihat tahun 2020 adalah tahun industri Network Marketing

Bagi kami, kenyataan di atas ada benarnya jika kita lihat dari pelbagai sudut walaupun MLM pada hari ini dipandang sinis dan septikal oleh masyarakat, Di sini kami menyenaraikan beberapa fakta yang menyokong kenyataan beliau.

Kebanyakaan Bilionaire pun berpendapat sama.

Donald Trump(calon presiden USA), Mark Zuckerberg(Facebook) dan Bill Gates (misrosoft) antara individu terkaya dunia pun berpendapat MLM adalah bisnes abad ke-21 dan sistem terbaik bagaimana perniagaan dijalankan.

Mereka pun berpendapat selepas Fanchais, MLM akan menjadi trend perniagaan pada abad ke-21.
Bukan sahaja mereka, kebanyakan pakar kewangan,motivasi dan jutawan seluruh dunia pun berpendapat sedemikian.


Sesuai dijalankan walau apa jua keadaan ekonomi

Perniagaan MLM ini boleh dikatakan perniagaan 'kebal ekonomi' kerana boleh dijalankan ketika ekonomi bagus ataupun tidak bagus. Ini kerana, jika ekonomi bagus maka ramailah 'Customer', jika tidak bagus maka ramailah yang akan menjadi partner.

Kebanyakan syarikat MLM menyediakan latihan keusahawanan secara percuma atau dengan sedikit bayaran.

Kebanyakan syarikat MLM sanggup melabur jutaan ringgit bagi menyediakan latihan ataupun pendidikan keusahawanan kepada ahli mereka. Menyediakan dewan, latihan. alat bantu dan bermacam-macam lagi  bagi pengedar. Ini terpulang kepada ahli untuk memanfaatkannya ataupun tidak.

Ramai jutawan lahir daripada produk MLM.

Dato David Teo(Metrowealth) dan Dato Ac Mizal (selebriti) antara individu yang lahir dari MLM!
Mereka menjadikan MLM sebagai tempat mereka berlatih untuk menjadi Usahawan dan mendapat modal sebelum berkecimpung dalam perniagaan yang mereka minat.

Akan tetapi, kita harus memilih syarikat MLM yang stabil dan kukuh seperti Elken. Kerana Elken sudah melahirkan 106 jutawan secara senyap!Satu rekod yang amat luarbiasa bag industri MLM tempatan!

Satu sistem perniagaan yang berevolusi terbaru.

Seperti kita ketahui, waktu dahulu orang hanya berniaga secara konvensional, secara sendirian. Kemudian lahir dewan-dewan perniagaan yang melindungi dan menyediakan dana bagi ahli. Kemudian wujudnya perniagaan franchais yang lebih updated! Beza MLM dan Franchais boleh dirujuk di bawah.


Memilih Syarikat yang betul

Langkah pertama untuk menyeru seruan Dr. Mahathir adalah dengan memilih syarikat MLM yang betul! Bagi kami syarikat yang wajar dipilih untuk warga Malaysia adalah ELKEN! Sila lihat profile syarikat Elken dengan Link ini.

Jika anda yang sedang membaca ini berminat ataupun ada sebarang 'killer' question! Bolehlah inbox kepada pihak kami.







Saturday, 11 June 2016

Ulasan Ielken Online Business!! Peluang perniagaan terkini!


Permulaan

Alhamdulillah pembentangan Ielken Online Business berjalan dengan lancar pada 11 June 2016 bertempat di Ming Grand Ballrom, Ming Garden Hotel Kota Kinabalu, Sabah.

Persediaan dewan sedang dijalankan

Bagi admin sendiri amat-amat rugi bagi rakyat Sabah yang tidak hadir pada pembentangan perniagaan ini. Di ucapkan sekalung tahniah kepada semua hadirin yang berjaya hadir walaupun ketika berlangsung pembentangan adalah musim cuti sekolah dan bulan Ramadhan.

Walaupun acara bermula sedikit lewat(lewat 15 minit), tetapi acara berjalan dengan lancar. Pembukaan dimulakan dengan pengenalan kepada Program Director(PD) dan para pemimpin tertinggi Elken khususnya pemimpin dari Sabah.

Seterusnya adalah acara senamtari dan video pengenalan mengenai Elken dan potensi pasaran Online di tayangkan 


Video : Revolusi Perniagaan Masa kini

Video : Elken


Suria Mohd (Selebriti, Nutrisi, Motivator, Penulis dari Singapura)

Pembentangan perniagaan diteruskan lagi dengan speaker pertama mengambil tempat iaitu Suria Mohd (Selebriti, Nutrisi, Motivator daripada Singapura). Speaker Suria Mohd menceritakan kepada hadirin yang datang KUNCI yang paling penting untuk berjaya adalah PERCAYA DAHULU, MILIKI KEMUDIAN!

Beliau menerangkan tidak ada salah dan betul dalam konsep percaya diri sendiri. Jika kita mengatakan diri kita boleh, maka bolehlah, jika tidak maka tidaklah. 

Sikap segelintir orang yang selalu berdoa dan mengharap agar kehidupan bertambah baik tetapi tidak mahu merebut peluang merupakan punca kenapa diri kita tidak berubah dan asyik merungut. Beliau membuat perumpamaan seperti seorang yang terkandas dalam banjir di atas bumbung rumah. Walaupun perahu, speedbot dan helikopter datang memberi bantuan menyelamat tetapi enggan kerana percaya Tuhan akan tolong!!Akhirnya mati lemas dan berjumpa dengan Tuhan dengan keadaan marah kenapa Tuhan tidak selamatkannya, maka Tuhan cakap "Aku hantar perahu,speedbot dan helikopter kenapa ko tidak naik??? 

Tuhan memang akan bantu kita, tetapi Tuhan akan membantu kita dengan memberi PELUANG. Dari diri kitalah hendak merebut ataupun tidak. Suria Mohd yakin Ielken ini akan menjadi syarikat GERGASI MLM dari ASIA...!!Dan turut mengatakan amat rugi jika orang Asia tidak merebut peluang ini lebih-lebih lagi Malaysia, Brunei dan Singapura!

Suria Mohd, Individu yang berpengaruh di sosial media Singapura


Sikap kebanyakan orang juga yang salah bertanya. Meminta pendapat dengan orang yang bukan bidang, seperti bertanyakan perkara berkenaan bisnes dengan orang yang bekerja!adakah betul tindakan itu? 

Seharusnya jka ingin berjaya dalam perniagaan seharusnya bergaul dengan orang yang sudah berjaya dalam perniagaan!Beliau juga mengatakan bahawa setiap orang ada harta yang paling berharga dalam diri iaitu otak!Dari diri sendirilah ingin menabur benih ataupun racun dalam kepala sendiri! Perkara paling penting adalah diri sendiri harus berubah!

Suasana ketika Suria Mohd menyampaikan topik

Seng Kok Meng

Antara Jutawan MLM yang berpendapatan tinggi di Malaysia yang mempunyai rangkaian lebih 10 buah negara! Beliau menyampaikan topik kedua iaitu apakah sebenarnya Ielken ini!

Beliau menerangkan potensi Ielken yang amat-amat besar di peringkat antarabangsa. Dengan menggunakan perniagaan teknologi terkini dan sokongan padu dari syarikat yang kukuh disulami dengan produk bertaraf dunia! Ini merupakan faktor utama kenapa semua orang harus membuat Ielken!

Setiap orang walaupun tidak tahu dan kurang faham dengan Ielken seharusnya berfikiran positif dan sudi belajar perniagaan ini. Perkara paling penting adalah memahami dan menerima perubahan ini untuk kesejahteraan masa depan! Kerana perniagaaan Ielken adalah trend terbaru! Seharusnya sertai dahulu, belajar kemudian. Elken mempunyai sistem pendidikan bertaraf ISO yang telahpun berjaya melahirkan 106 jutawan!Jadi jangan ragu-ragu dengan Ielken!

Now Or Never Ielken!


Kata-kata Jack Ma yang beliau petik mengapa ramai orang tidak berjaya kerana sikap suka menunggu dan bertangguh! Perniagaan Online sebegini seharusnya kita harus bertindak cepat dan pantas. Yang paling penting cari rakan kongsi secepat yang boleh.

Pelan pemasaran Ielken yang memberi sehingga 5 ganjaran merupakan antara pelan pemasaran terbaik yang pernah admin nampak. Menggabungkan sistem pemasaran direct selling (Welcome Bonus), Binary (Team Bonus), Bonus kepimpinan (Mentor Bonus) dan Dividen Bonus! Pelan pemasaran yang adil, menguntungkan dan bersifat jangka panjang!

Potensi pasaran Ielken!



Seharusnya, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa sekarang ini, Ielken adalah perniagaan dan pelaburan terbijak yang kita boleh buat! Jika inginkan maklumat lanjut atauun ada soalan 'Killer' mengenai Ielken. Bolehlah PM admin.. Salamz  hujung minggu! 









Thursday, 9 June 2016

56 Syarikat pelaburan di senarai hitam!


Cover depan akhbar Kosmo bertarikh 7 Jun 2016 menyiarkan laporan mengenai 56 syarikat pelaburan disenarai hitamkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang telahpun mengaut berbilion ringgit dari orang ramai.

Kebanyakan syarikat ini berselindung di sebalik aktiviti pelaburan emas, dana, forex, mlm dan sebagainya. Walaupun telah disenaraihitamkan oleh BNM, kebanyakan aktiviti syarikat ini masih aktif menjalankan perniagaan.


Senarai di atas merupakan senarai 56 syarikat pelaburan yang telah disenaraihitamkan oleh BNM yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina. Senarai di atas berlainan daripada senarai yang dikeluarkan oleh BNM di laman web mereka (271 syarikat disenarai hitamkan.).Mungkin senarai syarikat masih belum dikeluarkan secara rasmi oleh BNM. Beberapa syarikat besar turut tersenarai seperti Tone Excel (Prepaid), Mface(Internet), Phyto Science (produk kesihatan) dan beberapa lagi syarikat melibatkan pelaburan dan MLM.

Kepada orang ramai di luar sana yang mencari peluang perniagaan dan pelaburan, seharusnya mengikuti nasihat daripada PDRM seperti flyers di bawah ini. 


p/s :Tidak semua MLM itu adalah penipuan, tingkatkan ilmu kewangan anda kerana kehidupan sering mengajar dan menge 'test' kita lebih-lebih lagi melibatkan DUIT!

Sunday, 5 June 2016

Mengapa kami mencadangkan MLM - Donald Trump


Donald Trump, seorang bilionaire yang amat-amat pakar dalam bidang hartanah mencadangkan kepada orang ramai untuk membuat MLM??Jika kita tanya orang ramai, pasti ramai yang berfikiran sinis mengenai MLM. Oleh itu, mari kita tanya beliau mengapa dia mencadangkan MLM.




Asalnya saya juga sama seperti Robert (Robert T.Kiyosaki), tidak banyak mengetahui tentang MLM atau industri jualan langsung. Tetapi apabila ada rakan memberitahu saya, MLM adalah model bisnes yang paling cepat berkembang, saya terus membuka minda saya lalu meneliti dengan lebih dekat. Apa yang saya temui telah mengejutkan saya.
  Saya masih ingat tidak lama dahulu, ramai yang tidak sependapat dengan model bisnes yang dikenali sebagai francais. Namun hari ini seluruh dunia mengenali McDonalds. MLM juga sama, bidang ini adalah model bisnes yang masih baru dan menghadapi tentangan yang sama seperti yang dialami oleh model bisnes francais beberapa tahun yang lalu.

Selepas meneliti industri baru ini, saya terkejut apabila mendapati banyak syarikat besar dalam senarai FORTUNE 500 sudah menambah komponen MLM dalam segmen bisnes mereka. Pada hari ini, kebanyakan bank, syarikat telekomunikasi, syarikat broker hartanah, syarikat kad kredit, dan jenama pengguna utama komited terhadap bentuk pemasaran dan pengedaran baru ini.Jadi, saya menyarankan supaya kita terus kekal membuka minda, dan sekiranya kita sedang mencari sesuatu bagi memulakan bisnes sendiri, MLM mungkin sesuai.

Pemasaran adalah alat yang berkuasa dan MLM dapat meningkatkan kuasa itu, dengan syarat kita perlu bermotivasi tinggi. Untuk gambaran yang lebih mudah, cuba kita lihat pada satu-satu produk, kemudian buangkan elemen-elemen pengiklanan yang ada pada produk itu. Kini terpulang kepada kita bagaimana hendak melakukan pemasaran dan pengiklanan untuk produk itu.

Ini adalah tugasan yang besar, tetapi masih dapat dilakukan sekiranya kita mempunyai keghairahan yang cukup besaar bagi melakukan tugasan itu secara sendirian an mengekalkan momentum serta motivasi pada paras tertinggi secara berterusan. Malah, memerlukan semangat keusahawanan, iaitu fokus dan ketekunan. Saya tidak mengesyorkan bisnes ini kepada sesiapa yang tidak mempunyai motivasi yang tinggi.

Satu lagi aspek penting dalam MLM, bisnes ini bersifat sosial. Jadi sekiranya kita bukan jenis yang suka bergaul dan keluar bersosial, saya yakin kita pasti berfikir dua kali sebelum menceburkan diri ke dalamnya. Sifat suka bergaul adalah satu keperluan dalam bisnes ini.

Sama seperti pengiklanan, tidak ada gunanya melakukan kempen pengiklanan yang hebat sekiranya produk itu tidak sehebat iklannya. Harus diingat apabila kita sudah memutuskan mahu menjadi pengedar sesuatu produk, kita perlu bertanggungjawab di sisi undang-undang ke atas semua dakwaan yang kita buat terhadap produk, syarikat dan peluang yang ada. Paling penting, pastikan produk itu berbaloi dengan tenaga dan kesetiaan yang dicurahkan. Sekiranya tidak, kita hanya membuang masa dan tenaga.

Sewaktu menyentuh MLM, Robert ada menyebut tentang betapa pentingnya kita keluar dari zon selesa. Beliau juga menyarankan supaya memperuntukkan masa yang secukupnya pada diri kita. Ini adalah poin-poin yang bagus bagi dipertimbangkan. Saya juga bersetuju yang kejayaan seseorang itu bergantung pada kualiti kepimpinan yan dimilikinya. Sudah tentu kita juga perlu memiliki sikap bertanggungjawab dan keyakinan diri.

Sama juga seperti pekerjaan yang lain, sebelum memulakannya kita perlu mengkaji sedalam mungkin tentang apa yang akan kita lakukan. MLM sudah terbukti menjadi sumber pendapatan yang berpotensi memberikan ganjaran yang lumayan, dan cabaran-cabarannya sesuai buat kita. Terdapat beberapa contoh kejayaab luar biasa yang berlaku dalam bisnes ini. Kejayaan-kejayaan ini diperoleh melalui semangat, ketekunan, serta produk yang betul digabungkan dengan masa yang tepat. Sama juga seperti isu-isu lain yang sudah banyak kita bincangkan sebelum ini, terdapat isu-isu yang ketara dan sebaliknya yang terlibat, tetapi kejayaan itu bukanlah suatu misteri, malah turut berlaku di MLM.

Tentu kita pernah mendengar tentang kumpulan sasaran, iaitu alat penyelidikan yang digunakan oleh agensi pengiklanan apabila mereka sedang menguji produk baru, Mereka akan pergi ke lokasi yang berbeza setiap hari dan bertanya kepada orang ramai apa yang mereka suka dan tidak suka tentang produk baru. Sekiranya kita bercadang mahu mencipta sesuatu produk, langkah yang terbaik adalah menyimpan semua idea kumpulan sasaran itu. Sekiranya kita menyukai produk itu, bukan bermakna orang lain turut menyukainya. Mencari persamaan terhadap tarikan sesebuah produk adalah penting.

Nasihat ringkas saya tentang bisnes MLM, lakukan sendiri penyelidikan kita dan kemudian aplikasikan segala pengetahuan kita ke dalam produk itu. SEMANGAT SEJATI SUKAR DITEWASKAN, MANAKALA KEJAYAAN PASTI MENJADI MILIK KITA.

Donald J. Trump (Petikan dari buku "Why we want you to be rich")




Wednesday, 1 June 2016

Air Alkali atau Air Reverse Osmosis(RO)?




"Air Alkali bagus untuk badan tetapi mestilah dalam keadaan PH7 iaitu sama dengan PH badan kita,
Air RO tidak sesuai diminum kerana tidak mengandungi mineral dan zat. Badan manusia perlukan mineral untuk hidup"
                                                  Pengguna Air Alkali

"Badan kita memerlukan air yang tulen(RO) untuk metabolisme badan, jika hendakkan mineral. Kita boleh dapat daripada makanan. Tidak pernah kita dengar mengenai pengambilan air seimbang, hanya kita dengar pemakanan seimbang"
                                                  Pengguna Air RO


Kenyataan di atas ini selalu kita dengar dari pengguna air alkali ataupun pengguna air RO. Persoalannya sekarang, apakah sebenarnya badan kita perlu dan harus kita minum? Adakah air RO ataupun Alkali?

Terutamanya bagi rakyat Malaysia, apakah penapis air yang sesuai digunakan? Untuk menjawab soalan ini, kita seharusnya kena mengetahui, air yang kita minum ini dari mana sumbernya. Kebanyakan sumber air yang kita dapat adalah daripada air paip.Adakah kita tahu bagaimana proses rawatan air dilakukan sebelum sampai ke rumah kita?


Proses Rawatan Air


1.Penyaringan

Pada permulaan, sumber air mentah akan diambil daripada sungai. Serpihan kayu, dedaun, tumbuhan akuatik dan bendasing yang terapung akan diasingkan melalui proses saringan. Selepas disaring, bahan terampai yang lebih padat akan dibuang dengan membenarkan air mengalir melalui kebuk yang mana ia akan mendap ke dasar.

2.Pengudaraan.

Air mentah yang dipam masuk dicampur dengan udara di ruang pengudaraan. Proses pengudaraan menghasilkan oksigen dari atmosfera bagi pengoksidaan besi dan mangan terlarut kepada bentuk tidak larut bagi tujuan menyingkirkannya. Proses ini juga membantu membuang rasa dan bau yang tidak menyenangkan.

3.Kaogulasi dan Flokulasi

Koagulan, lazimnya tawas ditambah bagi membentuk partikel mikroskopik di dalam air. Ia kemudiannya diadun dengan lembut bagi membolehkan partikel kecil di dalam air berlaga dan bergabung bagi membentuk kentalan yang boleh mendap.

4.Penapisan.

Air yang telah mendap akan melalui penapis yang memerangkap partikel halus dan bakteria. Air yang bersih kemudiannya akan memasuki tangki air jernih. Penapis akan dicuci menggunakan kaedah backwash dengan kerap melalui kombinasi adunan udara dan air bagi memastikan kelancaran operasi.

5.Pelarasan PH

Air didalam tangki jernih akan diinfeksi bagi menghauskan mikroorganisma yang kekal di dalam air selepas proses penapisan. Klorin bergas atau kompaun klorin lazimnya digunakan untuk tujuan pembasmian kuman. Paras PH diselaraskan menggunakan kapur atau abu soda.

6.Tangki Air Jernih.

Air yang telah dirawat akan dikumpul dan disimpan di dalam tangki air jernih bagi tujuan pengagihan. 


Dan akhirnya selepas proses rawatan air tersebut. Bekalan air bersih akan sampai ke rumah kita. Persoalannya adalah....

1.Adakah air yang sampai ke rumah kita betul-betul bersih?

Memang benar air yang sampai ke rumah kita bersih (pemerhatian visual), tetapi air itu tidak sihat untuk diminum. Kejernihan air yang sampai kerumah kita lazimnya disebabkan klorin yang ditambah ke dalam air dengan dos yang dibenarkan. Adakah klorin di dalam air minuman selamat diminum?

2.Adakah kita memerlukan penapis air dirumah?

Iya, kita perlu penapis air dirumah. Tetapi adakah penapis air Alkali ataupun RO persoalannya?


Apa Kata Pakar?

Penapis air alkali ataupun penapis air ro? Seharusnya kita rujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang kesihatan ataupun pakar air.Apa kata mereka?

"Sekiranya kita terperangkap oleh Air Palsu, ia boleh membawa kerosakan kepada kita (Air Alkali)"
                                                                                                                               ~Dr. Mercola

"Keberkesanan makanan terhadap badan kita tidak ada kena mengena dengan PH makanan/air tersebut. Yang penting ialah bagaimana makanan tersebut mengubah pH badan kita selepas dihadam. Kebanyakan makanan seperti jus lemon akan meningkatkan pH selepas dihadam, menjadikan badan kita alkali!"
                                         ~ WQA Aquatech USA 2012

"Mineral bukan organik yang ada dalam air paip adalah berita buruk!"
                                                                        ~Jabatan Hal Ehwal pengguna California


Oleh itu, dapat disimpulkan disini penapis air yang terbaik untuk digunakan adalah penapis air Reverse Osmosis.

Penapis Air RO terbaik di Asean.

Hari ini, begitu banyak penapis air RO yang dijual diluar sana.Jadi yang mana satukah yang terbaik?
Bagi kita rakyat Malaysia seharusnya memilih penapis air yang betul di rumah kita. Bagi saya penapis air yang terbaik adalah penapis air Ken Series daripada Elken kerana :



1. Penapis air dengan pelbagai Anugerah

Penapis air yang begitu banyak menang anugerah di peringkat Malaysia mahupun antarabangsa. Antaranya adalah WQA S-300 (hanya ada 4 penapis air di dunia yang ada pengiktirafan ini). Pembuatan penapis air juga diperakui mengikut ISO dan Safety. Malahan mendapat pensijilan Halal daripada Jakim.



2. Penapis bertaraf dunia dengan pakar-pakar air sedunia.

Begitu ramainya pakar air bertaraf dunia yang bekerjasama dengan Elken untuk menginovasi rekaan penapis air ini. Salah satunya adalah Michael R.Long, pakar air tahap VI merupakan yang tertinggi di dunia!



3.Lebih dari 2 juta pengguna di seluruh Asean.

Lebih 2 juta pengguna yakin dan berpuas hati dengan  menggunakan Penapis Air Ken Series Elken! 



4. Rangkaian servis dan sokongan terbesar di Asia Tenggara.

Rangkaian servis dan sokongan terbesar di Asia Tenggara! Oleh itu tidak perlu risau mengenai pemasangan ataupun ingin menservis penapis air anda.



5. Penapis yang dipercayai oleh badan-badan korporat di Malaysia.

Jangan bimbang dengan kualiti dan jaminan Elken, kerana begitu banyak hospital dan badan- badan Korporat di Malaysia sudah menggunakan penapis air Ken Series Elken.




Dengan ciri-ciri yang ada pada penapis air RO Ken Series Elken. Sewajarnya penapis air ini merupakan yang terbaik dipasang dirumah anda untuk menjamin kesihatan anda sekeluarga.

Bagi yang berminat bolehlah PM dan sesiapa yang berminat merebut peluang di Elken bolehlah juga PM dan menghubungi Admin. Sekian, Terima Kasih sudi membaca.

P/S : Bukan ingin mengatakan PENAPIS AIR RO lebih bagus daripada PENAPIS AIR ALKALI, tetapi ini merujuk dengan kualiti air yang sampai ke rumah kita. Belum ada penapis air di dunia ini YANG DAPAT MENAPIS MINERAL TIDAK BAGUS DAN MEMBENARKAN MINERAL BAGUS BERADA DI DALAM AIR!

  Masih belum dicipta lagi penapis air berteknologi sedemikian yang pandai mengasingkan mineral. Lebih bagus meminum air yang kosong daripada minum air yang mengandungi mineral baik bercampur dengan mineral tidak bagus seperti karat besi, logam berat, klorin dan lain-lain.

Lagipun penapis Air Alkali adalah air Alkali buatan, bukannya semulajadi.Mungkin di Singapura ataupun Jepun boleh menggunakan penapis air Alkali kerana air yang dibekalkan ke kediaman mereka adalah air RO, itupun jika paip besi bekalan air tidak berkarat....






Tuesday, 31 May 2016

5 sebab orang yang berniaga dan mencari peluang harus hadir Ielken Online Business.!


1. Menampilkan dua orang speaker yang berkaliber

Jika kita ingin berjaya dalam bidang perniagaan, kita seharusnya bersama/bergaul dengan orang yang dalam bidang tersebut supaya kita boleh menimba ilmu mereka. Mereka berdua bukanlah motivator ataupun mereka yang membuat duit dengan melakukan seminar  tetapi mereka merupakan insan yang amat berjaya buat duit dalam perniagaan yang mereka ceburi. Di sini disertakan serba sedikit latar belakang mereka:

Seng Kok Meng

-Hanya seorang guru biasa mengajar di Sabah.
-Berpengalaman 20 tahun dalam bidang keusahawanan.
-Meraih pendapatan setengah juta sebulan.
-Anugerah Usahawan cemerlang DSAM pada 2004
-Melatih dan membimbing lebih 20 usahawan yang meraih pendapatan lebih RM 40 000 sebulan.
- Mempunyai jaringan perniagaan lebih 20 buah negara.

Suria Mohd

-Graduan daripada University Illinois State, Amerika Syarikat.
-Pengacara TV dan Nutrisi selebriti Singapura
-Penulis Buku dan Penceramah Motivasi Antarabangsa.
-Top 20 game changes ( World Street Journal)
-Top 1 public media sosial Singapura.
-Berpengalaman luas dalam perniagaan nutrisi pemakanan dan network marketing.


2. Tiket hanya RM10

Ramai orang yang sanggup menghabiskan ratusan malahan ribuan ringgit untuk menyertai peluang seminar motivasi dan peluang di luar sana. Tetapi dengan hanya tiket RM10, anda akan dapat mendengar ceramah motivasi dan peluang pernigaan online international sekaligus! Peluang yang tidak boleh dilepaskan.

3.Peluang mendengar peluang perniagaan bertaraf antarabangsa.

Jika sesiapa yang betul-betul ingin mencari peluang perniagaan baru dan bertaraf antarabangsa, Acara ini amat RUGI jika anda tidak hadir untuk mendengarnya! Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak begitu stabil sekarang ini. Ramai yang mencari second income untuk menambah pendapatan. Peluang perniagaan ini boleh dilakukan secara part time kerana perniagaan ini menggunakan internet.

4.Ingin menambah keyakinan untuk merubah diri dan kehidupan.

Kehidupan hari ini yang penuh dengan tekanan dan persaingan menyebabkan kita merasa tertekan dan kurang yakin dengan diri kita sendiri. Acara ini bukan sahaja mengenai peluang semata- mata, tetapi akan boleh memotivasikan diri kita lagi untuk berubah!

5.Percuma produk bertaraf antarabangsa.

Dengan menghadiri acara ini, tiket anda boleh menebus kologen kecantikan 2 paket bernilai lebih RM15! Kologen yang pertama dari Asia yang memenangi anugerah 'The Malta Pomegranate Award' untuk Inovasi anti-oksida terbaik!


    Oleh itu, siapa-siapa yang berada di Kota Kinabalu pada 11 June ini, jom kita menghadirkan diri ke Ielken Online Business di Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu. Sesiapa yang berminat boleh PM dengan saya. See you there..!



Monday, 30 May 2016

Produk MLM terbaik di Indonesia..!

CONGTATULATIONS!

Elken Indonesia telah mendapatkan penghargaan dari Indonesian Business Profesional & Education Award 2016 untuk kategori "Multi Leve Company with The Best Quality Product of the Year". Penghargaan diberikan kepada Country General Manager Elken Indonesia, Chieng Ngee Koi Baba pada malam penghargaan yang dilangsungkan di Hotel Sari Pan Pasifik, Jakarta




Produk merupakan unsur PENTING dalam perniagaan, begitu juga dengan MLM. Produk yang berkualiti dan bertaraf dunia yang ada pada Elken  membolehkan Elken memenangai anugerah ini. Walaupun Elken bukanlah syarikat MLM utama di Indonesia.

Dengan penganugerahan ini kepada Elken, seharusnya rakyat Indonesia tahu ingin memilih syarikat MLM yang mana hendak diceburi. Elken Indonesia pasarannya masih amat-amat meluas..!



Info mngenai comany Elken dan Produknya

Monday, 23 May 2016

Entrepreneur DNA


Great Motivation

What was the driving force for you to start your business? Whatever it  was for you, I bet it wasn't an easy decision to make. No one just wake up one morning and suddenly decides to become an entrepreneur.

As entrepreneurs, many of us started our business because we were sick and tired of life in the corporate jungle. We were sick and tired of working our butts off being unappreciated despite our selfless contributions to the organisation. And we felt that we had something to contribute to the world and to ourselves.

To be an entrepreneur, you have to focus on your own plan and build upon the designs and blueprints you have set out for your own life. Focus all your energy and attention on your own plan.

If you're intensely focused then you won't allow distractions to interrupt your progress and you'll be too busy building the DREAM to notice anyone or anything that is not going to help you create an exceptional life!

Stay Focus!It's not a DREAM, but a PLAN..!

Sunday, 22 May 2016

3 Kesilapan utama dalam menjalankan perniagaan MLM


Hari ini Multi Level Marketing(MLM) bukanlah satu bidang perniagaan yang asing bagi penduduk Malaysia. Sebagaimana komputer, internet dan komunikasi tanpa wayar atau secara ringkas dikenali ICT adalah perkara yang tidak dapat dielakkan daripada kehidupan sesuai dengan zamannya. 

Begitu juga dengan MLM, perniagaan abad ke-21. Hari ini, banyak produk/ perkhidmatan menjalankan perniagaan berasaskan MLM. Tidak kira produk kesihatan, runcit, telekomunikasi, emas, seminar dan bermacam-macam lagi menggunakan sistem MLM.

Entry kali ini akan cuba mengungkap 4 kesilapan utama yang selalu dibuat oleh rakyat Malaysia dalam menjalankan perniagaan MLM



1. Salah memilih syarikat.

Seharusnya sebelum menyertai mana-mana syarikat MLM, orang ramai seharusnya menyemak/ menyiasat latar belakang syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) dan menyemak dengan Bank Negara Malaysia. Lebih 250 syarikat pelaburan/MLM telah disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia.

Selain itu, kita juga perlu tahu mengenai

a. Adakah syarikat mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas?
b. Adakah pengurusan syarikat mempunyai sikap yang jujur, dedikasi dan dapat dipercayai?
c. Apakah pencapaian dan kejayaan syarikat itu sejak mula beroperasi sehingga kini?
D. Adakah benar ia diiktiraf sebagai syarikat global dan berapa buah negara yang sudah ia masuki?

WHO IS ELKEN??

2. Hanya menjual

Sesiapa yang menjalankan perniagaan MLM, harus faham bahawasanya perniagaan MLM tidak seperti perniagaan yang lain. Perniagaan MLM yang lebih penting kita membina rangkaian dan membina empayar perniagaan kita sendiri.

Kebanyakan mereka yang membuat MLM secara menjual sahaja tidak akan bertahan lama membuat MLM. Kita harus ingat, perniagaan MLM ini amat-amat berlaianan. Seharusnya seseorang itu kosongkan diri belajar sistem MLM dan belajar daripada Upline yang berjaya dalam MLM tersebut.

Harus diingat!MLM lebih sekadar duit.

3.Tidak menganggap MLM ini perniagaan yang besar.

Kebanyakkan syarikat MLM, perniagaannya boleh diwarisi!Bayangkan anda ada satu akaun di sebuah syarikat MLM yang mempunyai ramai rangkaian dan akaun anda itu boleh diwarisi untuk anak ataupun cucu!

MLM adalah perniagaan yang besar, walaupun boleh dibuat secara part time. Tetapi jika kita letakkan usaha, komitmen dan fokus kita dalam MLM, kita boleh menjalan perniagaan MLM tersebut dalam beberapa generasi mendatang kita!

Sebagai contoh syarikat-syarikat MLM daripada USA seperti Avon dan Herbalife(sekadar menyebut beberapa nama) . Bagi mereka yang mula-mula dahulu menjalankannya.Hari ini usaha dan komitmen mereka dalam MLM tersebut berbaloi kerana Avon dan Herbalife hari ini sudah berkembang ke serata DUNIA!

Bagi rakyat Malaysia, bagi saya.Amat-amat rugi jika tidak melihat peluang perniagaaan MLM Elken.
Sekian...








Monday, 16 May 2016

5 Mitos mengenai perniagaan MLM

Perniagaan berangkaian ataupun dikenali sebagai Multi Level Marketing tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia pada Umumnya.Akan tetapi ramai rakyat Malaysia berpendapat negatif mengenai perniagaan MLM.

Posting blog saya pada kali ini akan mengupas mengenai 5 mitos ataupun tanggapan yang salah mengenai MLM khusunya bagi masyarakat Malaysia.


1) Hanya yang terawal buat MLM sahaja akan untung.

Ini merupakan anggapan SALAH yang paling banyak orang ramai berpendapat mengenai perniagaan MLM. Tidak dinafikan jika seseorang melihat peluang itu sebelum orang lain nampak, akan mempunyai kelebihan untuk lebih berjaya. Bukan sahaja dalam MLM, malahan dari pelbagai bidang perniagaan ataupun pekerjaan.

Ciri utama untuk berjaya dalam MLM adalah bagaimana kita pemimpin DIRI kita dan rangkaian ataupun Downline kita untuk berjaya. Bukan hanya merekrut dan menjual produk ataupun merekrut sahaja. 

Saya mengambil contoh seorang insan yang baru 3 tahun menceburi perniagaan MLM ELKEN yang berjaya meraih pendapatan lebih RM 40 000 sebulan di ELKEN iaitu Amirul Mukminin dari negara Brunei Darulsalam. Beliau bukanlah peneraju/ orang terawal membuat bisnes Elken di Brunei.Tetapi beliau antara orang yang berjaya di dalam ELKEN!! Ini membuktikan bukan orang terawal buat akan untung lebih dari yang lambat buat!


2) Produk MLM overpriced/mahal

Sebelum ini saya pun beranggapan demikian kerana produk MLM mahal adalah disebabkan untuk membayar bonus kepada orang-orang yang dahulu join MLM.

Tetapi sebenarnya, jika syarikat MLM itu betul-betul syarikat MLM (Bukan syarikat SCAM/ MONEYGAME), produk yang mereka pasarkan adalah produk yang hebat dan tidak boleh didapati di pasaran. Ini kerana MLM yang betul, akan mencari produk yang betul-betul power dan akan mempaternkan produk tersebut. 

Saya pernah mensurvey harga produk makanan No Trans Fat di pasaran biasa. Selalunya produk tersebut akan ada mention 'Suitable for diabetis'. JIka dibandingkan dengan produk No Trans Fat di MLM. Di MLM lagi murah.

Salah satu contoh adalah produk Live ekstra daripada Elken, produk yang di ilhamkan oleh Dr. Ferid Murad(Pemenang Hadiah Nobel Prize)


3)Hanya yang pandai menjual/ bercakap boleh berjaya di MLM.

Pandai menjual/ bercakap bukanlah sebab utama seseorang boleh berjaya di MLM. Kejayaan yang paling utama adalah :

a) Bagaimana menyelesaikan masalah sendiri dan rangkaian
b) Bagaiamaa memimpin diri dan rangkaian
c) Bagaimana cepat/ hebat kita meniru orang yang berjaya.

4)Tidak sesuai bagi orang yang sibuk/ tidak ramai kawan.

Setiap orang mempunyai 24 jam sehari, tidak ada orang di dunia ini yang masanya lebih 24 jam sehari.

Sebenarnya untuk mendapat pendapatan di MLM bukan bergantung pada masa ( seperti kita bekerja OT untuk bayaran lebih) tetapi bagaimana kita GANDAKAN masa kita. Untuk gandakan masa kita, kita perlu memimpin ataupun mencari rakan kongsi di MLM, semakin ramai rakan kongsi kita di MLM  sebanyak banyak masa kita! Dan MLM yang betul adalah plan marketingnya dibayar mengikut sesiapa yang berusaha lebih.

Mengenai yang kena pandai bercakap pula. Sebenarnya semua orang pandai bercakap. semua orang suka bercakap, lebih-lebih lagi topik yang melibatkan diri- sendiri! Seseorang akan bercakap tanpa henti jika mengenai diri sendiri! Dalam MLM pula, seseorang itu haruslah  bercerita mengenai sesuatu yang mereka minat!kerana seseorang akan berkongsi//bercerita dengan ikhlas jika melibatkan diri mereka ataupun benda yang mereka minat!

5)Semua MLM adalah sama sahaja

Kenyataan ini 100% salah! Untuk berjaya dalam MLM, kita perlu memilih syarikat MLM yang betul.
Saya sendiri telah menghadiri banyak seminar/ talk syarikat-syarikat MLM bagi mencari syarikat MLM yang betul-betul boleh menjadi karier!Akhirnya saya memilih ELKEN disebabkan beberapa ciri/ keunikan yang tidak ada pada syarikat MLM yang lain.


Oleh itu, bagi sesiapa yang mencari peluang perniagaan terutamanya dalam MLM. Seharusnya mencari sebuah syarikat yang betul-betul MLMnya boleh buat bukan hanya sekadar part time, tetapi boleh menjadi perniagaan yang boleh diwarisi oleh waris kita seperti perniagaan MLM Avon, Herbalife ataupun Amway. Syarikat MLM yang sudah Kukuh puluhan tahun, hari ini. Waris-waris, anak-anak cucu mereka yang telah membuat MLM ini mewarisi empayar MLM yang sudah merebak ke seluruh DUNIA.




Wednesday, 11 May 2016

Cara ke-11. Cara baru menjadi KAYA..!

Baiklah cara ke-11 menjadi kaya ini adalah 'Membina perniagaan berangkai' ataupun dikenali sebagai Multi Level Marketing (MLM). Kenapa saya mengatakan MLM adalah cara ke-11 adalah kerana MLM adalah evolusi bisnes daripada sistem barter - buka kedai - franchais/ ajen - MLM. MLM adalah corak perniagaan abad 21..!

Bill Gates, Donald Trumph, Robert Kiyosaki dan beberapa insan yang mempunyai empayar bisnes berbilion dolar pun berpendapat MLM adalah cara yang baru untuk menjadi kaya. Dan mereka juga akan melakukan bisnes secara MLM jika masa boleh di undur kembali..!

Akan tetapi bukan semua syarikat yang menjalankan MLM ini betul.Ada yang hanya menyamar melakukan MLM tetapi sebenarnya adalah SCAM ataupun penipu..!Di Malaysia sahaja, ada beribu syarikat MLM yang wujud dan banyak syarikat skim cepat kaya, black money yang bertopengkan MLM. Sehinggakan ramai rakyat Malaysia yang menganggap MLM ini hanyalah penipuan.

Saya pun pada mulanya berpendapat sedemikian, akan tetapi setelah belajar dan bidang apakah yang amat sesuai dilakukan bisnes. Saya berpendapat MLM adalah cara yang tepat!

Akan tetapi, untuk melakukan MLM saya perlu memilih syarikat yang tepat!Oleh itu saya banyak berjumpa leader-leader MLM dan menyertai seminar atapun meeting syarikat-syarikat MLM. Setelah saya kaji dan tengok sendiri syarikat, produk dan pelan marketing, saya amat yakin syarikat ELKEN adalah syarikat yang TEPAT!

Antara buku yang menjadi rujukan.

Bukan sahaja tepat untuk diri saya, tetapi TEPAT untuk semua orang yang ingin berjaya dan maju ke hadapan!Kenapa saya berkata demikian kerana ELKEN mempunyai beberapa keunikan yang tidak terdapat pada syarikat MLM lain.!

Baiklah untuk mengetahui apakah keunikan ELKEN, saya akan jelaskan pada blog seterusnya. Assalamualaikum...

Monday, 2 May 2016

Sepuluh cara menjadi kaya + Satu cara baru (Part 2)

Baiklah sambungan Part 2, 6 cara menjadi kaya..!

6)Menjadi seorang yang bijak, berbakat dan ada kelebihan sejak kecil

Siapa yang tidak kenal Lionel Messi (dilahirkan untuk bermain BOLA) ataupun Siti Nurhaliza (berbakat dalam bidang nyanyian)?. Dalam kehidupan kita pasti kita kenal segilintir orang yang menjadi kaya kerana berbakat dan bijak bukan?

Kita juga mengetahui Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, seniman agung yang amat-amat berbakat dalam industri hiburan di rantau Asia mati dalam keadaan miskin. Sebenarnya dalam dunia yang penuh ranjau dan dugaan ini, untuk menjadi Kaya perlukan lebih sekadar berbakat ataupun berwatakan menarik.

7)Menjadi kaya kerana Tuah.

Bagai bulan jatuh ke riba, hehe..Ramai antara kita hari ini mengimpikan untuk menjadi kaya dengan menang loteri ataupun berjudi. Beli nombor ataupun ke kasino untuk menjadi kaya, akhirnya apa yang dapat hanyalah duit tergadai ataupun lebih teruk lagi terpaksa menanggung hutang.!

Walaupun kita menang judi ataupun loteri bernilai jutaan ringgit sekalipun, kajian menunjukkan mereka yang menang akan bankrap selepas 5 tahun. Kita pun mengetahui duit yang kita dapat daripada hasil ini umpama ANGIN...senang datang dan senang pergi.

8)Mewarisi harta pusaka

Amat-amat beruntunglah jika sesiapa yang dilahirkan dalam keluarga berada yang mempunyai harta yang boleh diwarisi. Tetapi bukan semua yang bertuah seperti ini, kita seharusnya mencari cara lain untuk menjadi kaya.

9)Melabur

Melabur duit untuk mendapatkan duit, nampak seperti senang bukan? Akan tetapi melabur memerlukan ilmu kewangan(tidak di ajar di sekolah) dan risiko yang amat besar. Contohnya seperti Forex, Public Mutual, Hartanah, Emas dan simpan duit di bank.

Cara yang paling mudah adalah melabur duit di bank ataupun ASB/ Tabung Haji. Contoh, jika kita mempunyai RM 5 juta dan kita laburkan ke dalam Tabung Haji, andaikan kita akan diberi 7% interest setiap tahun bermakna kita akan mendapat RM350 000 setiap tahun..! itupun jika kita mempunyai 5 juta.

10) Membangunkan perniagaan

Salah satu cara yang melahirkan bukan sahaja jutawan tetapi bilionaire di dunia ini. Donald Trumph, Bill Gates, Steve Jobs, Tony Fernandez dan  Syed Mokhtar merupakan contoh Bilionaire yang lahir dari cara membangunkan perniagaan.

Mereka semua ini bermula daripada bawah, from nothing to something. Berjiwa kental dan amat-amat rajin berusaha untuk membangunkan perniagaan mereka.Pernagaan mereka bukan membesar dalam masa 3-5 tahun, tetapi kebanyakan mereka mengambil masa lebih 10 tahun untuk mengukuhkan empayar perniagaan mereka.

Inilah 10 cara bagaimana untuk menjadi Kaya, cara ke-11 ini merupakan cara baru untuk menjadi kaya. Cara ke-11 akan disambung pada posting seterusnya.Terima kasih kerana sudi membaca

Saturday, 30 April 2016

Sepuluh cara menjadi kaya + Satu cara baru (Part 1)

    Menjadi kaya tidak salah, Tuhan tidak membezakan rahmat & sayangNya sama ada orang itu miskin ataupun kaya. Tidak semestinya orang kaya itu jahat dan orang miskin itu baik. Itu semua bergantung bagaimana peranan dan reaksi kita jika kita kaya ataupun miskin. 
   Bagi penulisan blog pertama saya ini, saya ingin menulis 10 cara menjadi kaya + 1 cara baru untuk menjadi kaya. Terpulang pada pembaca ingin pilih yang mana (kalau nak jadi kaya la)

1) Berkahwin dengan seseorang kerana DUIT
   Kata orang, kalau sudah jodoh tak kemana. Inilah cara paling popular orang buat jika ingin cepat menjadi kaya. Berkahwin kerana DUIT. 

2) Jadi kaya dengan buat JAHAT
   Kata orang  kalau nak jadi kaya dengan mudah jadilah seorang yang penjahat (menindas, penipu, menganiaya orang). Ramai orang berfikiran untuk jadi kaya kena begini!hehe..mereka silap, ini hanya salah satu dari 11 cara untuk menjadi kaya.
   Masalahnya jika menjadi kaya dengan cara begini, kenalan dan partner kita juga akan bersikap sebegini. Bagi yang ada nilai kemanusiaan pula, cara ini tidak betul.

3)Jadi kaya dengan TAMAK
   Cara ketiga ini tidak jauh beza dengan cara ke-dua ini. Dunia pada hari ini, ramai yang kaya dengan menjadi TAMAK sehingga menindas orang lain dan menzalimi orang lain.Rasuah, penyelewengan, tidak amanah dan macam-macam lagi moral yang tidak bagus dibuat kerana TAMAK! Penjenayah KOLAR PUTIH.....!

4)Jadi kaya dengan menjadi murah
   Ini juga merupakan cara yang paling popular dibuat dan selalu kerajaan sarankan kepada orang ramai!hehe..Hidup dengan menjadi murah bermaksud hidup dengan berjimat-cermat dan menyimpan.
   Jika kita menyimpan RM1000 sebulan, untuk menjadi jutawan iaitu ada SATU juta kita perlu kumpul selama 83 TAHUN untuk menjadi jutawan..!!Sebab itulah yang ingin menjadi kaya cara begini kesudahannya tidak kemana.Hidup seperti Rat-Race, melalui kehidupan yang sama sahaja sampai MATI dan akan diulangi lagi oleh generasi seterusnya.

5)Menjadi kaya dengan Bekerja-Keras
    Tidak salah bekerja- keras untuk berjaya dalam hidup, malah amat bagus. Tetapi kebanyakan orang salah platform untuk bekerja keras.
    Ramai yang bekerja keras dengan melakukan 2-3 kerja sehari! menjual masa untuk mencari duit. Akhirnya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. 

Untuk Part 1 ini, hanya disenaraikan 5 cara yang biasa orang buat ataupun tahu untuk menjadi kaya. Dan kerana 5 cara inilah ramai orang TAKUT MENJADI KAYA...hehe,Insya Allah akan disambung besok untuk PART 2.